gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafiz Suip Berdamai Dengan Takdir, Belajar Tentang Penyesalan Hidup - “Amarah… Salah Satu Yang Menyebabkan Diri Saya Hancur”
VIRAL
"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan
VIRAL
"Ramai DM Minta Nasihat Berpoligami, Saya Anggap Itu ..." - Aslam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sedang Kenali Doktor Muda Dari Kelantan, Zaiton Sameon Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Semula? - "Dia Murah Senyuman, Kalau Nampak Kami Mesra Itu Kerana ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
23/07/2025
23:15 MYT
Sponsor Banner
Sedang Kenali Doktor Muda Dari Kelantan, Zaiton Sameon Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Semula? - "Dia Murah Senyuman, Kalau Nampak Kami Mesra Itu Kerana ..."
Penyanyi legenda, Zaiton Sameon, yang telah lebih tiga dekad hidup solo mengakui kadang-kadang merasa sunyi tanpa seorang suami.
Walaupun pernah dua kali berkahwin dan mengalami kegagalan dalam perkahwinan, Zaiton, yang terkenal dengan lagu Menaruh Harapan itu tidak pernah serik untuk berkahwin lagi.
Baru-baru ini, Zaiton, 69, dikatakan sedang mengenali hati budi seorang doktor perubatan dari Kelantan, Dr Afif Mohd Ridzwan, 44, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain.
Dr Afif, yang memiliki 16 cawangan klinik di pantai Timur, bersama penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, telah berkunjung ke rumah Zaiton untuk memberi suplemen yang dikenali sebagai EnerVast, yang dikatakan baik untuk kesihatan usus.
"Fizie tahu saya ada masalah dalaman perut, jadi dia mencadangkan agar saya makan suplemen ini. Dr Afif banyak memberikan nasihat dan tip untuk kesihatan saya.
"Mereka berdua kemudiannya berhubung melalui panggilan telefon dan WhatsApp, namun semuanya berkaitan dengan kesihatan," kata Zaiton.
Namun, Zaiton merasa janggal apabila ada yang mendakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan Dr Afif.

"Tak dinafikan, Dr Afif seorang yang baik hati, murah dengan senyuman, dan suka memberi nasihat. Tetapi, hubungan kami hanya sebagai pesakit dan doktor. Kalau kami nampak mesra, itu hanya kerana berbual tentang kesihatan.

"Tak baiklah kalau ada yang anggap kami ada hubungan istimewa. Soal kahwin? Bukan itu matlamat hidup saya sekarang. Saya lebih fokus pada kerjaya dan bisnes," tambahnya.
Selain nyanyian, Zaiton kini aktif dalam bisnes seperti Rendang Nasib, Sambal Bilis Hijau Petai dan produk minyak wangi jenama sendiri, Millionaire dan Gabriel.

BERITA TRENDING: "Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus

Sementara itu, Dr Afif menegaskan bahawa menganggap Zaiton seperti ibu sendiri.

"Saya bersyukur suplemen yang saya beri membantu Kak Eton. Saya ikhlas bantu dan doakan agar Kak Eton terus sihat dan dapat terus mencari rezeki. Soal hubungan dengan Kak Eton? Saya senyum saja, saya anggap itu hanya usikan daripada peminat Kak Eton," katanya.

Topic Berkaitan
#Kahwin
#Viral
#Kelantan
#Doktor
#Zaiton Sameon
#Enervast
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement