,
Laman Utama

Erra Fazira Sambut Hari Lahir Engku Aleesya Dalam Sebuah Majlis Ringkas - “Gugur Segala Kesakitan, Hadirmu Menyempurnakan Hidupku”

Azwa Rahman
31/03/2021
13:50 MYT
Pelakon Erra Fazira meraikan sambutan ulang tahun anaknya, Engku Aleesya yang ke-12 dalam sebuah majlis yang sederhana.
Menerusi laman sosial Instagram, Erra berkongsi sebuah video sambutan tersebut untuk tatapan umum.
“Selamat hari jadi anakku, genap 12 tahun dikau dilahirkan. Seusia mudamu, pelbagai kenangan telah kau lalui. Jadikan ini semua pengalaman istimewa buatmu,” tulis Erra di bahagian kapsyen.
Malah, pelakon filem Pasrah itu turut mengimbau kenangan sewaktu melahirkan puteri sulungnya bersama suaminya ketika itu, Engku Emran.
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku, gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata. Hadirmu menyempurnakan hidupku. Ya Allah terima kasih di atas anugerahMu. Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku,” ucapnya lagi.
Menerusi perkongsian itu lagi, sambutan diserikan dengan belon berwarna-warni serta kek merah jambu.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aleesya dan memuji wajah gadis itu yang setanding kecantikan ibunya.
Ucapan dari ibu kandung lagi bermakna, happy birthday Aleesya,” komen seorang wargamaya.
Happy birthday Aleesya, sama cantik macam mommy,” puji seorang wargamaya.
Happy bornday Aleesya, doa yang baik-baik buat Aleesya sekeluarga,” kata seorang wargamaya.
Aleesya is different daripada anak selebriti yang ada. Sederhananya, pemalunya, sopannya, moga menjadi anak yang solehah ya sayang,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Laman Utama

Engku Emran Jawab Gosip Cinta Dengan Fiza Halim

gempak
21/10/2023
02:55 MYT
Fitnah?
Laman Utama

Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

gempak
20/10/2023
00:55 MYT
Mana tahu ada jodoh kan.