gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Netizen Mula ‘Kenenkan’ Fazziq Muqris Dengan Diana Danielle - “Memang Minat Dari…”
VIRAL
Tular Video Lelaki India Rayu Minta Bantuan Dikejar Pembunuh
HIBURAN
Masih Belum Jumpa 'Jodoh' Yang Sesuai, Fatiya Latiff Kongsi Ciri-Ciri Jejaka Yang Boleh Tawan Hatinya - “Saya Nak Seseorang Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Erra Fazira Dedah Cara Pantau Anak Guna Telefon Bimbit - “Kalau Dia Buat Salah Atau Langgar Perjanjian Maka…”

Mya Amri
Mya Amri
06/08/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Erra Fazira Dedah Cara Pantau Anak Guna Telefon Bimbit - “Kalau Dia Buat Salah Atau Langgar Perjanjian Maka…”
Primadona negara, Erra Fazira mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sedang melalui fasa remaja.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, Aleesya sebelum ini tidak dibenarkan untuk memiliki telefon bimbit.
Bagaimanapun kata Erra, dia dan bekas suaminya, Engku Emran sepakat menetapkan beberapa syarat sebelum membenarkan Aleesya memiliki telefon bimbit sendiri sebagai usaha memantau tingkah laku anak mereka.
'Dia tidak ada telefon sebelum ini tetapi dia baru sahaja dapat sebab peperiksaan dia sudah habis.
'Kami sama-sama buat perjanjian, dia boleh untuk ada telefon tetapi dalam waktu tertentu sahaja. Kata laluan pula kena kongsikan dengan kami dan ia boleh diakses bila-bila masa.
'Kalau dia buat salah atau langgar perjanjian, kami akan tarik balik telefon,” tegasnya.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Kilauan Emas musim kelapan yang berlangsung di Summit Hotel pada Selasa.
Jelas Erra lagi, itu merupakan salah satu cara untuk dia dan Emran memantau aktiviti dan tingkah laku anak mereka.
'Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin, sebagai ibu bapa kita tidak mahu mereka lakukan perkara yang tak baik.
'Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat apa yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan bercerai selepas tiga tahun.
Erra kemudiannya berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.
Namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Dalam perkembangan lain, Erra merupakan juri bagi program Kilauan Emas 2025.
Selain Erra, penyanyi, Ning Baizura dan pelawak Roy Azman juga akan menggalas tanggungjawab yang sama.
Kilauan Emas 2025 akan bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Program ini dikendalikan oleh personaliti popular Elly Mazlein selaku hos utama, bersama Joey Daud selaku pengacara belakang pentas dan hos Diari Kilauan Emas.
Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.
Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Topic Berkaitan
#Anak
#Erra Fazira
#Remaja
#Telefon Bimbit
#Pantau
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement