gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jessie J Dedah Diagnosis Kanser Payudara Peringkat Awal
HIBURAN
"Jaga SOP, Jangan Cium Anak Saya" - Nabila Razali
BERITA
Lelaki Ditangkap Kencing Merata Cuba Rasuah Polis RM30
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ernie Zakri Impi Berduet Bersama Siti Nurhaliza Dalam Album Baharu ‘Sahabat’ - “Saya Hanya Mampu Berdoa…”

gempak
Khairil Khusyairi
05/06/2025
08:20 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Impi Berduet Bersama Siti Nurhaliza Dalam Album Baharu ‘Sahabat’ - “Saya Hanya Mampu Berdoa…”
Penyanyi, Ernie Zakri tidak menolak kemungkinan untuk merakamkan lagu duet bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam album terbarunya, Sahabat.

Impi Duet Dengan Siti Nurhaliza

Menurut Ernie, peluang berduet dengan ikon negara itu merupakan impian yang sangat didambakannya dan berharap dapat direalisasikan satu hari nanti.

“Insya-Allah, semuanya masih dalam peringkat perancangan. Album Sahabat juga masih terbuka untuk penambahan artis kolaborasi dalam projek ini.

“Setakat ini belum ada lagi lagu duet bersama beliau. Kalau ada atau tidak, saya akan umumkan nanti.

“Saya hanya mampu berdoa agar karier saya terus panjang supaya impian untuk berduet dengan Siti Nurhaliza menjadi kenyataan,” katanya kepada Gempak.

Ernie ditemui pada sidang media lagu terbaharunya bersama penyanyi Indonesia, Anggi Marito yang berjudul Kisah Penuh Kecewa di pejabat urusan Universal Music Malaysia pada Rabu.

Perlu Perancangan Rapi

Bagaimanapun, pelantun lagu hits Masing Masing itu menjelaskan bahawa sebarang kolaborasi perlulah dirancang secara teratur memandangkan kedua-dua mereka mempunyai jadual kerja yang cukup padat.

“Sudah tentu saya berharap impian ini jadi kenyataan, namun ia memerlukan perancangan yang rapi.

“Saya yakin beliau juga sangat sibuk sekarang, lebih-lebih lagi kami berada di bawah label yang sama. Beliau sedang menguruskan pelbagai komitmen sekarang ini.

“Saya pun ada bisik-bisik kepada Kak Rozi (pengurus Siti),” kongsi Ernie lagi.

Dalam perkembangan lain, Ernie turut memaklumkan mengenai album ketiganya yang bakal menampilkan kolaborasi penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.
“Album Sahabat akan memuatkan 10 buah lagu, Insya-Allah.
“Semuanya lagu-lagu baharu,” ujar Ernie ringkas.
Topic Berkaitan
#Album
#Siti Nurhaliza
#Ernie Zakri
#Duet
#Kolaborasi
#Impian
#Biduanita Negara
#Album Sahabat
Must-Watch Video