,
Laman Utama

“Elak Kibar Bendera Putih, Masih Ada Cara Lebih Baik” – Nasihat ADUN Tanjung Lumpur

Mya Amri
29/06/2021
12:20 MYT
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar kurang bersetuju dengan kempen kibarkan bendera putih yang tular di media sosial.
Menurut beliau, perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan selain dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan.
Selain itu, tindakan mengibarkan bendera putih juga diibaratkan seperti menyerah kalah dalam peperangan.
“Jangan angkat bendera putih, macam orang kalah perang, kita masih ada kekuatan, kibarkan panji Islam dengan kibaran Syiarnya Islam sebagai agama yang saling membantu,” tulisnya.
Menerusi akaun Facebook rasminya juga, beliau memberikan tiga sebab mengapa kurang bersetuju dengan kempan tersebut.
“Saya tak setuju cadangan dinaikkan bendera putih untuk maklumkan kita kehabisan makanan kerana: “1. Ada yang akan ambil kesempatan. 2. Memelihara maruah diri dan ummah. 3. Kita masih ada cara yang lebih baik dan dapat menutup keaiban orang”, jelasnya.
Dalam pada itu menerusi hantaran yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur memberikan beberapa saranan yang lebih baik menurut pandangannya.
Berikut merupakan saranan yang diberikan:
1. Ahli parlimen dan ADUN mesti membuka bilik operasi bantuan dan membuka talian operasi sepanjang tempoh pandemik sekaligus menjadi penyelaras kepada organisasi yang diamanahkan untuk menyalurkan bantuan.
2. Organisasi komuniti masyarakat seperti JKKR, KRT, Kejiranan dan seumpamanya juga mesti membuka bilik operasi bantuan untuk orang yang terputus bekalan makanan, juga menyediakan khidmat penghantaran bagi yang tiada kenderaan
3. Masjid/Surau mesti berperanan sebagai pusat bantuan rakyat samaada dengan dana bantuan kerajaan/ Masjid/Surau/Majlis Agama/Pusat Zakat, dan bantuan orang ramai. Bagi yang bukan Islam juga boleh dilaksanakan di Kuil/Tokong/Gereja dan mana2 pusat komuniti mereka.
4. Pastikan talian operasi diketahui oleh komuniti dengan apa jua cara sebaran. Yang memerlukan bantuan boleh datang atau menghubungi talian operasi, data maklumat akan dapat mengelakkan orang mengambil kesempatan, datang berulang kali sehingga rumah mereka jadi stor menyimpan barang sumbangan, sekaligus ianya dapat memelihara maruah.
Sehubungan itu, Rosli berkata, bagi penduduk di Dun Tanjung Lumpur boleh menghubungi talian operasi 011-5989 7556, jika terputus bekalan makanan.
BACA: “Kita Tolong Yang Termampu”- Jangan Malu, Rakyat Lancar Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan
Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

gempak
03/05/2024
05:55 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Sherry Alhadad Tampil Berbeza Dalam Siri ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ - “Semua Aksi Dalam Drama Ini Saya…”

gempak
16/08/2023
06:55 MYT
Memang nampak kelainan!