,
Laman Utama

Ekau Bosan Weekend Ni? Jom Kita Poie Jalan-Jalan Di Nogori 9!

Asyikin Mayudin
28/10/2023
04:50 MYT
Bilo dah weekend, ekau mesti terfikir nak poie mana kan? Jom kita jalan-jalan ke nogori 9 ni ha…
#1. Lexis Hibiscus Port Dickson
Alami percutian sekali seumur hidup di Lexis Hibiscus Port Dickson. Tempat ini menawarkan kolam renang persendirian, tempat makan yang luar biasa dan sukan air yang menyeronokkan.
Hotel bertaraf 5 bintang ini menjadikan tempat penginapan ini sesuai untuk dikunjungi jika anda ingin pergi jauh dari bandar. Susunan vila diatas air dalam bentuk bunga raya ini pula menjadikan tempat ini mewah dan eksklusif sekaligus menamakan tempat ini sebagai Lexis Hibiscus.
#2. Muzium Tentera Port Dickson
Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan pangkalan tentera di Port Dickson. Ia merupakan muzium yang mempamerkan pameran sejarah, terowong bawah tanah dan juga kenderaan tentera.
Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawatnya. Muzium ini ditempatkan di dua bangunan tentera lama dan terdiri daripada 9 galeri yang menempatkan sejumlah besar bahan pameran.
#3. Ladang Pertunjukan Burung Unta Port Dickson
Ladang ini ialah satu-satunya ladang pertunjukan burung unta di Port Dickson. Selain burung unta, terdapat juga haiwan peliharaan lain yang boleh anda lihat, peluk, beri makan ataupun bergambar.
Ladang tersebut mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, belimbing, ciku dan pelbagai lagi. Ladang ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain kerana kawasannya yang luas selain menawarkan tapak perkhemahan.
#4. Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan ini terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan antara masjid tercantik di Malaysia. Ia telah memenangi hati orang ramai kerana rupanya seperti Taj Mahal dan seni bina Islamnya yang artistik. Ia mula dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 20 September 2019.
Dewan solat utama masjid ini boleh memuatkan 3,000 jemaah manakala dewan kedua dan dewan solat wanita boleh memuatkan 800 orang.
#5. Negeri Sembilan State Museum
Muzium ini ialah sebuah bangunan luar biasa yang diilhamkan oleh seni bina Minangkabau. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Negeri Sembilan dan melihat artifak yang dipamerkan di sana, anda bolehlah melawat muzium ini.
Yang penting, ekau jangan lupo poie tengok cerito Gemencheh Boys juga tau!
Cerito Gemencheh Boys ni dah mulo ditayang di pawagam. Den nak koba, kalau ekau nak tau, filem ni diarahkan oleh pengarah Jason Chong dan dilakonkan oleh Pekin, Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utamo.
Sumber - Myweekendplan.asia
BACA SINI: “Part Monangih Susah Sikit Nak Keluar Air Mato” - Aqil Pun Tokojut Dapek Berlakon Gemencheh Boys
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Gemencheh Boys APOM Merchandise Giveaway di Astro First!

gempak
21/12/2023
16:11 MYT
Laman Utama

Gemencheh Boys Kini Di Astro First! Buat Ramai Rindu Zaman Kanak-Kanak

gempak
21/12/2023
08:30 MYT
Love Gemencheh Boys!
Laman Utama

Penonton Puji Lakonan Pekin Ibrahim Dalam Gemencheh Boys

gempak
02/11/2023
11:50 MYT
Memang best Gemencheh Boys
Laman Utama

Penonton Tengok Gemencheh Boys 2 Kali Sebab 3 Perkataan Ini…

gempak
01/11/2023
11:45 MYT
Alasan yang sangat unik
Laman Utama

“Siapa Kata Anak-Anak FELDA Tak Boleh Berjaya?” - Siti Nordiana Puji Pengisian Dalam Gemencheh Boys

gempak
30/10/2023
13:50 MYT
Siti Nordiana mahu menonton Gemencheh Boys