,
Laman Utama

“Dulu Tak Ada Yang Nak Buat, Takut Terlebih Kain” - Aishah Angkut 'Glam Squad' Untuk GV10!

Mya Amri
06/09/2023
08:50 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Aishah menyatakan rasa tidak sabar untuk membuat persembahan di pentas GV.
Menurut Aishah, dia bersyukur kerana kali ini kondisinya berada dalam keadaan terbaik berbanding GV sebelum ini.
“Saya nak berfesyen, kalau dulu tak ada pereka fesyen nak buat baju, tak nak ambil saya pasal baju terlebih kain (bersaiz besar), sekarang alhamdulillah dah ada.
“Masa GV sebelum ini walaupun menang saya merasakan itu bukanlah versi terbaik saya sebab saya tidak kelihatan bagus.
“Kita pun sendiri tahu keupayaan kita jadi bila lebih sihat, boleh pakai baju macam-macam rasa gembira,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai GV, Aishah berkata persaingan kali ini paling sengit dan dia akan cuba memenuhi aspek lain yang diperlukan dalam pertandingan itu.
“Persaingan sengit, semua orang menyanyi dengan sangat baik, jadi ada benda benda lain pula yang akan dilihat antaranya daripada segi penampilan, kreativiti, penyampaian dan penghayatan.
“Ini bukan pertandingan menyanyi ini pertandingan persembahan yang terbaik.
“Untuk saya, sekarang saya berada dalam kondisi lebih baik dari segi kesihatan, fitness, berbanding dahulu,” jelasnya.
Terdahulu, Aishah berjaya menurunkan berat badan kelada 52 kilogram selepas melakukan pembedahan bariatrik atas sebab kesihatan pada tahun 2018.
Aishah bersama sembilan juara akan berentap kembali di pentas GV pada 24 September ini.
Selain Aishah, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
BACA: Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza
BACA: Ini Senarai Calon Hot Seat All Stars Gegar Vaganza! Korang Nak Siapa Masuk?
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Hiburan

Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ -  “The Real Miss Universe”

gempak
08/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.