Laman Utama

“Dulu Seorang, Sekarang Kami Ada” - Netizen Sepakat Jadi Benteng Pertahanan, Puteri Sarah Rasa Sebak

gempak
Shahrin Zulkifle
13/02/2023
09:00 MYT
Sponsor Banner
“Dulu Seorang, Sekarang Kami Ada” - Netizen Sepakat Jadi Benteng Pertahanan, Puteri Sarah Rasa Sebak

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa sebak apabila membaca komen yang ditinggalkan seorang peminat yang menyatakan dia dan netizen lain akan terus memberikan sokongan dan lindungan kepadanya.

Kata individu tersebut, dia bersama netizen lain akan sentiasa berada di belakang Puteri Sarah selain mendoakan aktres tersebut kekal kuat mengharungi kemelut rumah tangga ketika ini.

“Sekarang ini kalau ramai yang provoke Sarah, ramai yang ada di belakang dia. Dulu mungkin Sarah sorang-sorang and orang yang sekeliling Sarah je macam keluarga yang akan pertahankan dia.

“Tetapi sekarang, kami (netizen) ada bersama-sama Sarah yang cuba pertahankan Sarah dengan cara kami.

“Yang paling utama yakin Allah yang maha pelindung dan maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat, Sarah kuat!” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut dilihat sempat membalas komen berkenaan dengan menyatakan dia berasa terharu dengan kenyatan tersebut selain mengucapkan terima kasih kerana netizen yang sentiasa bersamanya.

“Allahu sedih saya dengar. Terima kasih semua yang sentiasa di belakang Sarah,” tulisnya.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024