HIBURAN
“Dulu Orang Kata Saya Founder Tudung Kampung, Tak Pandai English…” – Haliza Maysuri Bangga Anak Tamat Pengajian Di UK, Buktikan Doa Ibu Tak Sia-Sia
Usahawan, Haliza Maysuri meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di Royal Holloway, University of London, United Kingdom, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, pengasas tudung popular itu berkongsi detik ketika menemani anak kesayangannya menyusuri kembali laluan kenangan yang menjadi saksi perjuangan empat tahun di perantauan.
“Semalam, Putri bawa Mama dan Papa menyusuri jejak perjuangannya. Kelas tempat dia menimba ilmu, perpustakaan tempat dia menangis diam-diam, lorong yang dia lalui seorang diri… semuanya dia tunjuk dengan bangga dan penuh syukur,” tulisnya.
Namun lebih menyentuh perasaan, Haliza turut berkongsi kisah peribadinya yang sering dipandang rendah oleh sesetengah pihak hanya kerana latar belakang pendidikan dan kemampuan berbahasa.@halizamaysuri Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini tercipta satu sejarah. Anak yang dikandung oleh seorang ibu yang tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti. Ibu yang sering direndahkan kerana tak pandai berbahasa Inggeris. Ibu yang cuma di cap founder tudung kampung… yang pernah dikata takkan pergi jauh. Hari ini, anak dari rahim ibu itu berdiri megah, menamatkan pengajian di Royal Holloway, University of London. Hajat dan cita-cita tinggi saya, yang dulu hanya saya bisikkan dalam sujud, hari ini Allah makbulkan dengan penuh kasihNya. Dulu saya dan suami berazam… Kami akan bekerja keras, demi keselesaan dan pelajaran anak-anak, demi masa depan mereka yang lebih baik daripada kami. Dan hari ini… Allah buktikan tiada yang sia-sia bila kita berusaha, dan bergantung harap hanya kepadaNya. Sujud syukurku Ya Rabb… kerana Putri bukan sekadar lulus dalam pengajian, tapi juga lulus dalam kehidupan. Masih saya ingat, masa mula-mula nak ke UK, Putri peluk kami dan berjanji Baby akan belajar bersungguh-sungguh. Baby nak jadi ahli perniagaan, nak ambil alih tempat Papa. Nak bantu Mama dan Papa, supaya nanti Mama boleh berehat… boleh jaga Gora. Tapi sayangnya… Gora tak sempat tunggu Kakak Baby habis belajar. Gora dah pergi buat selamanya. 🥺 Hari ini, Putri buktikan semuanya. Dia bukan sekadar genggam segulung ijazah, tapi juga kekuatan jiwa yang dia pupuk sendiri masak sendiri, urus rumah sendiri, jaga diri sendiri. Hidup jauh dari kami, tapi tetap jaga maruah, agama dan akhlak. Dari kecil hingga dewasa, Putri tak pernah kecewakan kami. Tak pernah minta lebih, dan tak pernah lupa siapa yang membesarkannya kami… dan juga ibunya. Terima kasih Ya Allah… Kau kurniakan kami anak yang tahu erti syukur dan tanggungjawab. Ini adalah azam kami, dan inilah permulaan sejarah. InsyaAllah, semoga legasi ini diteruskan oleh anak-anak dan cucu cicit kami kelak anak-anak yang bijak, berilmu, beriman dan berjiwa besar. Amin Ya Rabb. UK, 22 Julai 2025 #kisahgora ♬ bunyi asal - KOMANDO MALAYSIA - Faris Fx
“Hari ini tercipta satu sejarah. Anak yang dikandung oleh seorang ibu yang tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti.
Ibu yang sering direndahkan kerana tak pandai berbahasa Inggeris. Ibu yang cuma di cap founder tudung kampung… yang pernah dikata takkan pergi jauh.
“Hari ini, anak dari rahim ibu itu berdiri megah, menamatkan pengajian di Royal Holloway, University of London.
Hajat dan cita-cita tinggi saya, yang dulu hanya saya bisikkan dalam sujud, hari ini Allah makbulkan dengan penuh kasihNya,” tulisnya.
Menurut Haliza, dia dan suami sejak awal telah berazam untuk bekerja keras demi masa depan anak-anak mereka.
“Dulu saya dan suami berazam… Kami akan bekerja keras, demi keselesaan dan pelajaran anak-anak, demi masa depan mereka yang lebih baik daripada kami. Dan hari ini… Allah buktikan tiada yang sia-sia bila kita berusaha, dan bergantung harap hanya kepadaNya,” luahnya lagi.
Meskipun wajah anaknya dikaburkan atas permintaan peribadi, penampilan sopan dengan tudung dan busana putih cair menarik perhatian netizen yang memuji nilai jati diri yang dibawanya.
Ramai dalam kalangan pengikut memuji penampilan dan didikan Haliza yang berjaya membentuk anak walaupun dalam serba kemewahan.
“Bagus anak puan Haliza ni. Adab kemelayuan masih kuat walau berada di negara barat.
“Tahniah puan. Putri puan sangat menghargai pengorbanan puan selama ini. Bukan semua orang mampu hantar anak belajar di situ. Sedihnya baca sebab saya juga sedang merasai seperti ini.
“Bagus Putri ada pendirian. Walaupun dia ada segalanya serba mewah… sesuatu yang rare dan mahal,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video