,
Laman Utama

Ditegur Pakai T-Shirt & Topi Dalam Masjid Nabawi, Alam Wakaka; "Aku Tutup Aurat, Bukan Bogel"

Amri Hassan
02/09/2023
06:55 MYT
Tindakan pelakon dan penari Alam Wakaka berkongsi foto-foto ketika mengerjakan ibadah umrah di Masjid Nabawi, Madinah, dengan memakai t-shirt dan berseluar mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Menerusi ruangan komen di Instagram Alam, rata-rata netizen menegur tindakan Alam dan menasihatinya agar menghormati tempat suci umat Islam itu.
"Hati dan niat dah betul. Tapi hormat sikit tempat mulia, tak salahkan pakai pakaian sunnah. Lagi-lagi tempat macam itu bukan berkali-kali datang peluang untuk ke situ.
"Kita kalau pergi istana pun pakai baju sopan seperti Baju Melayu, ini Masjidil Nabawi, Nabi Muhammad S.A.W ada di sana. Takkan tak boleh pakai baju yang beradab sikit duduk dekat masjid Nabi?
"Pakai jubah baru nampak nice. Buang topi tu Ya Habibi.
"Kenapa tak pakai pakaian sunnah? Ya betul memang tutup aurat pakaian dalam gambar ni, tapi lebih manis dan sesuai pakai pakaian sunnah. Pakai kopiah. Umpama pergi berenang pakai Baju Melayu, kan tak sesuai tu," tulis beberapa warganet.
Malah, ada juga yang menegur tindakan Alam menayangkan pod berantai ketika di perkarangan Masjid Al-Quba, Madinah dalam hantaran lainnya.
"Simpanlah rantai leher tu dalam poket, sebab tempat itu bukan untuk ber-stail bro.
"Simpanlah pod di dalam poket buat sementara, tak rugi pun," tegur warganet lagi.
Namun, ada yang tampil mempertahankan Alam dan memohon agar warganet mengirimkan mesej langsung untuk menegur Alam.
"Ada je nak condemn korang ni. Jem aku kadang. Santai je Alam. Yang penting hati dan niat.
"Orang cetek ilmu akan persoalkan gambar ini tapi tak kata Alam betul juga. Mentaliti Melayu di Makkah atau Madinah jubah & serban. Kita manusia tak lari dari buat kesilapan.
"Lagipun, pakaian Alam tiada apa gambar makhluk yang bernyawa atau tanda unsur negatif," tulis beberapa warganet lain.
Tidak berdiam diri, Alam tampil menjawab tindakannya memakai t-shirt, berseluar dan bertopi ketika beribadah di dalam Masjid Nabawi.
"Macam satu kesalahan teruk aku kena sebab solat kat Masjid Nabawi pakai t-shirt, topi dan seluar. Aku tutup aurat bukan bogel.
"Cuba korang ke sini, ada je orang pakai apa yang dorang nak, janji bersih dari najis dan tutup aurat.
"Jangan rasa diri itu dah cukup sempurna. Sebelum menulis apa-apa, fikir jari korang nak jawab apa nanti depan Allah," tulisnya dalam hantaran di Instagram Story.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.