HIBURAN
Disuruh Minta Maaf Peminat ‘Tabur’ Ribu Waktu Buat Show, Nathalie Holscher: “Tutup Semua Pusat Hiburan…”
Nathalie Holscher yang merupakan seorang deejay sedang berdepan masalah terhadap penampilan dalam sebuah persembahannya baru-baru ini.
Bekas isteri pelawak Sule itu dipersalahkan dan disifatkan tidak sopan kerana telah menerima wang yang digelar sebagai sawer dalam bahasa Indonesia sewaktu tampil di sebuah pusat hiburan di Sidrap, Sulawesi Selatan baru-baru.
Budaya sawer atau penonton memberi wang kepada penghibur sewaktu menghiburkan tetamu merupakan hal biasa di Indonesia.
Namun Bupati Sidrap, Syaharuddin Alrif berasa tindakan Natalie mengambil wang yang diperkirakan mencecah RM40 ribu sewaktu membuat persembahan sebagai menjatuhkan imej kawasan tersebut yang terkenal dengan banyak pusat agama.
Wanita itu diminta membuat permohonan maaf.
Natalie bagaimanapun enggan membuat permohonan maaf kerana mengatakan dirinya hadir ke pusat hiburan tersebut demi memenuhi jemputan.
“Assalamualaikum bapak bupati @syaharuddin_alrif_1, di sini saya hanya diundang untuk mengisi acara di salah satu kelab dan disawer oleh orang yang datang (dan saya sangat berterima kasih).
“Selebihnya setelah pekerjaan saya dipanggil untuk nge-DJ di sana, tugas saya selesai lalu saya pulang.
“Kemudian saya lagi live tiba-tiba ada bapak Rusdi mengajak PK di TikTok lalu berbicara bahawa saya disuruh datang kembali ke Sidrap untuk meminta maaf kepada masyarakat Sidrap.
“(Saya bertanya salah saya di mana?). Lalu setelah itu kita berbicara by WA kepada Pak Rusdi dan saya menjawab 'SAYA TIDAK MAU MINTA MAAF'," tulis Natalie di media sosial seperti dilaporkan Insertive.
Natalie juga menyarankan agar pusat hiburan di kawasan tersebut ditutup jika tidak mahu hal tidak bermoral terjadi.
"Kalau tidak mahu ada kelab di Sidrap ya ditutup sahaja. Kenapa nak kaitkan dengan saya?
“Dan dari sebelum saya datang ke kelab Sidrap, banyak DJ-DJ lain yang juga disawer di Sidrap. Tapi kenapa cuma saya yang dipersalahkan?”tulisnya lagi.
Terdahulu Natalie sempat mempamerkan foto dirinya berbaring di atas ribuan duit yang diperoleh sewaktu membuat persembahan di kelab tersebut. Foto itu kemudian dihapuskan.
Must-Watch Video