,
Laman Utama

“Disebabkan COVID-19 Ia Terpaksa Ditangguhkan” - BoBoiBoy Movie 3 Bakal Ditayangkan Pada Tahun...

Hanafis Haris
10/09/2020
05:44 MYT

Penantian peminat untuk melihat filem terbaru BoBoiBoy Movie 3 berakhir apabila pihak Monsta mendedahkan tarikh tayangan tersebut.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting terbaru di Instagram rasmi mereka.

Menurut Pengawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak berkata, 2021 merupakan ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10.

“Kami mempunyai plan yang besar untuk BoBoiBoy tapi ia terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19.

“BoBoiBoy Movie 3 akan ditayangkan pada 2022,” katanya.

Pengumuman itu nampak gayanya telah mengejutkan ramai peminat.

Menerusi ruang komen di posting berkenaan, rata-ratanya mahukan supaya filem tersebut diawalkan.

Dalam pada itu juga pihak Monsta turut mengumumkan sebuah lagi karya terbarunya iaitu Mechamato bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

“Mechamato menggabungkan elemen tradisional dan teknologi di dalam filem animasi pertamanya pada tahun 2021 nanti,” kata pengendali akaun tersebut.

Untuk rekod BoboiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 8 Ogos tahun lalu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 juta.

Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM7 juta itu diarahkan oleh Nizam.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato Tiba Di Portugal!

gempak
29/07/2022
10:30 MYT
Wow Mechamato kini tiba di Portugal
Laman Utama

Penantian Berakhir! Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Bermula 6 Disember, Lagu Tema Pun Onz!

gempak
24/09/2021
08:15 MYT
Tak sabar la nak layan Mechamato The Animated Series
Laman Utama

Terbaik! Hannah Delisha Nyanyi Lagu Papa Pipi, Aneka Baju Raya & Kemunculan Perdana Ibu BoBoiBoy

gempak
07/05/2021
12:15 MYT
Siap ada iklan raya berjudul Memori Eidulfitri