HIBURAN
Dipakai Barang Kemas Sejak Bayi, Anna Jobling Wajib Sarung Cincin Pelengkap Gaya - "Sejak Dulu Arwah Bapa Akan ..."
Pelakon jelita dan pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2024, Anna Jobling akui sentiasa menggemari barang kemas sejak kecil.
BERITA TRENDING: #GMWA24: Anna Jobling Menang Besar! Ucap Terima Kasih Kepada Peminat - “Saya Tak Boleh Bagi…”
BERITA TRENDING: "Berlatih Merangkak Seperti ‘Setan’ & Sanggup Digantung Selama 8 Jam, Dedikasi Anna Jobling Untuk Lembayung - "Saya Nak Buktikan Saya Bukan...."
BERITA TRENDING: Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"
Terdidik oleh ibunya, kata Anna, 25, dia terdidik dengan kepentingan memiliki barang kemas untuk simpadan masa hadapan."Saya memang seorang yang sukakan barang kemas. Saya suka emas dan berlian. Saya rasa semua wanita pun sukakan barang kemas.
"Saya telah dipakaikan emas sejak saya bayi lagi. Keluarga sentiasa mendidik saya supaya tahu tentang nilai barang kemas untuk dijadikan pelaburan di masa hadapan.
"Saya rasa sangat bangga kerana dipilih sebagai duta Tomei. Apa yang saya suka, dan apa yang jenama ini tawarkan adalah selari. Kami ibarat 'a match made in heaven'. (Ibarat cincin dan permata) @ (bagai Pinang dibelah dua)," katanya yang baru dilantik sebagai duta barang kemas terkemuka, Tomei.
Menurut pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling lagi, barang kemas juga menjadi pelengkap gayanya terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.
Klasik, malar segar
Ditanya tentang citarasa peribadi pilihannya untuk dipakai sempena Aidilfitri nanti, kata pelakon filem Lembayung itu dia sukakan sesuatu yang klasik, malar segar dan elegan."Aksesori wajib yang saya akan pakai adalah cincin. Sejak dari dulu arwah bapa akan belikan cincin untuk saya.
"Tetapi bila bercakap tentang hari raya, gaya aksesori saya berubah-ubah mengikut baju yang saya pakai.
"Misalnya kalau baju yang dipakai agak ringkas, saya akan pakai aksesori yang lebih menonjol sedikit. Tetapi kalau pakai baju yang bercorak saya akan padankan dengan aksesori yang lebih ringkas dan elegan," kongsinya.
.jpg)

Sementara itu, bercerita lanjut tentang koleksi baharu Tomei sempena musim perayaan yang diberi nama Tomei Raya Keepsakes : Written In Gold, kata Anna setiap rekaan dicipta khusus untuk rakyat Malaysia yang suka tampil menawan di hari lebaran.
"Koleksi terbaru ini merayakan keindahan rekaan klasik yang kaya dengan reka bentuk yang menggabungkan elemen ikonik seperti Kerawang Bunga dan Motif Flora. Ia merupakan gabungan intipati seni tradisional Melayu dan sentuhan rekaan moden.
"Ada lima koleksi eksklusif yang disediakan tahun ini iaitu Anastasia, Diamond Cut, Sri Puteri, Prima Gold, Batu Permata dan koleksi untuk kaum Adam, Le-Lumire.
"Kesemua koleksi ini memenuhi citarasa rakyat Malaysia untuk pelbagai peringkat umur untuk digayakan pada musim perayaan nanti," jelasnya.
.jpg)
Kesemua koleksi tersebut boleh didapati di semua butik Tomei seluruh Malaysia. Pameran dan jualan koleksi Tomei turut diadakan di atas concourse Suria KLCC dari 15 Februari hingga 2 Mac 2025.
Must-Watch Video