,
Filem

Dijangkiti Denggi Ketika Penggambaran Adiwiraku, Sangeeta Berdiam Kerana Enggan Susahkan Produksi

Kamaruddin Razal
25/09/2017
02:38 MYT
Pelakon Sangeeta Krishnasamy mendedahkan dirinya dijangkiti demam denggi ketika menjalani penggambaran filem Adiwiraku.
Watak Sangeeta sebagai Cikgu Cheryl dalam filem tersebut melayakkan dirinya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) yang diadakan pada Sabtu.
Filem Adiwiraku arahan Eric Ong ini juga berjaya merangkul anugerah Cerita Asal Terbaik serta Filem Terbaik.
"Saya berdepan dengan cabaran tersendiri ketika menjalani penggambaran filem ini. Saya dijangkiti demam denggi tetapi saya mendiamkan sahaja perkara tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi.
"Saya bertahan sehabis daya kerana mahu menyenangkan kerja semua pihak. Pihak produksi tahu pun apabila saya sudah benar-benar tidak larat. Selesai sahaja penggambaran, saya terus mendapat rawatan," kata Sangeeta.
Bersyukur kerana berjaya membawa pulang trofi idaman semua aktres, Sangeeta berterima kasih kepada Cikgu Cheryl yang menjadi penggerak filem ini.
"Saya rasa sangat terkejut dan bersyukur kerana mendapat pengiktirafan sebegini. Sebagai pelakon yang masih baru dalam lapangan seni, pengiktirafan ini membakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih keras.
"Menjayakan filem berdasarkan kisah benar ini membuatkan saya rasa sangat berbangga. Saya berterima kasih kepada Cikgu Cheryl yang tidak lelah mendidik anak bangsa dan menganggap dirinya sebagai pemenang sebenar," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @ffm29official
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Mula-Mula Dapat Skrip, Saya Terkejut Sebab..." - Rupa-Rupanya Sangeeta Krishnasamy Peminat Besar Bront Palarae!

gempak
29/11/2021
12:11 MYT
Pelakon Sangeeta Krishnasamy berkongsi reaksi pertama ketika mendapat tawaran berlakon dalam filem Proksi.
Laman Utama

Sangeeta, Bront Teraju Utama 'I Am Vash', Bakal Mula Penggambaran Tahun Depan!

gempak
16/10/2021
12:54 MYT
Confirm power ni!
Hiburan

Kembali Jadi Hos, Sangeeta Krishnasamy Bakal Selitkan Elemen Kesihatan Mental Dalam...

gempak
24/10/2019
01:25 MYT
Berita

Berjumpa Di Konti Radio, Sangeeta Akui Temui Teman Istimewa

gempak
11/10/2018
23:25 MYT
Hiburan

Kasihan Sangeeta... Tendon Bahu Koyak, Pergelangan Tangan Cedera & Lutut Lebam-Lebam

gempak
08/06/2018
05:55 MYT