gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Gitar Beri Didie Shazry Lebih ‘Aura’ - “Audi Pun Pernah Cakap…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Pernah Jadi Mangsa ‘Body Shaming’, Keka Ambil Komen Negatif Sebagai Pembakar Semangat - “Biasalah Kehidupan…”
HIBURAN
Sheila On 7 Ubati Rindu Peminat Selepas 7 Tahun! Pak Duta Turun Pentas, Selfie Dengan Peminat Waktu Nyanyi Sephia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa Sengaja Menunjuk Bilal Baca Surah Al Fatihah, Neelofa Perjelas Keadaan Sebenar - “Itu Terjadi Spontan Dia Datang Baca”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
23/03/2025
05:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sengaja Menunjuk Bilal Baca Surah Al Fatihah, Neelofa Perjelas Keadaan Sebenar - “Itu Terjadi Spontan Dia Datang Baca”
Selebriti popular, Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung sesetengah netizen mendakwa dia sengaja berkongsi video memaparkan putera sulungnya, Muhammad Bilal sedang membaca surah Al Fatihah dengan lancar.

Jelas Keadaan Sebenar

Menurut Neelofa, 36, dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rakaman video tersebut terjadi secara spontan apabila dia sedang membuat video mengenai sebuah Al Quran yang dihadiahkan kepadanya oleh rakan selebriti, Betty Rahmad.
Jelas Neelofa, putera sulungnya itu secara spontan membaca surah Al Fatihah ketika kitab suci tersebut dibuka.
“Alhamdulillah pertamanya, banyak ya komen yang sangat negatif dan toxic.

“First of all. Saya tak tunjuk atau menunjuk anak boleh baca dan hafal Al Quran. Itu terjadi spontan dia datang baca masa saya menjawab persoalan followers yang tanya tentang Al Quran di IG story,” jelas Neelofa.

Henti Buat Tanggapan Negatif

Isteri kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz itu turut memohon kepada netizen terutamanya agar tidak membuat tuduhan melulu sebaliknya melihat dan berkata-kata dengan positif.
“Kalau saya betul-betul tunjuk macam mana Bilal dengan Al Quran, menangis rasanya korang yang komen negatif ni.
“Itu pun saya share hanya on my friends list.

“Jangan la komen tak baik sangat bulan puasa ni. Tak fasal-fasal i dapat pahala free. Makasih ya,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video pendek yang memaparkan Neelofa sedang menjawab pertanyaan pengikut berhubung sebuah Al Quran. Namun apa yang menjadi perhatian adalah ketika video tersebut dirakam, Bilal dengan spontan membaca surah Al Fatihah dengan lancar.
Susulan itu, ada netizen yang mendakwa ibu kepada dua cahaya mata itu sengaja menunjuk-nunjuk kebolehan Bilal membaca surah tersebut di media sosial.
Topic Berkaitan
#Anak
#Neelofa
#Bilal
#Menunjuk
#Didakwa
#Jelas
#Baca
#Surah Al Fatihah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement