,
Berita

Didakwa Melanggar Perintah Persetujuan Bersama, Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Suami Serina Redzuawan

Rozaimi Zubaidi
21/05/2018
07:09 MYT
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, menolak permohonan bekas suami Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap aktres itu atas pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Hakim Syarie, Salehan Yatim yang mendengar kes itu turut meminta Gavin selaku plaintif memfailkan semula permohonan berkenaan.
Sementara itu, Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili plaintif memberitahu permohonan tersebut ditolak mahkamah tanpa membacakan alasan penolakkan tersebut.
“Permohonan tersebut ditolak dan hakim mengarahkan untuk memfailkan semula kes ini. Ia disebabkan kes sebelum ini didengar oleh hakim lain.
“Saya perlu meneliti terlebih dahulu alasan sebab ia tidak dibacakan sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas prosiding selesai.
Pada 24 April lalu, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, memfailkan notis tunjuk sebab terhadap selebriti itu selepas dia didakwa melanggar perintah persetujuan bersama yang ditandatangani mereka pada 27 Julai tahun lalu.
Gavin memfailkan notis tunjuk sebab itu selepas mendakwa Serina membernarkan kedua-dua anak mereka, Tristan Tareef dan Issabella Safiyya, masing-masing berusia 7 dan 6 tahun bermalam dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali Cef Wan.
Serina turut didakwa memburukkannya di media sosial.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Proud Of You Darling…” - Serina Syukur, Suami Terima Penghargaan Tugas Cemerlang

gempak
09/07/2021
10:37 MYT
Tahniah buat suami Serina.
Laman Utama

"Kalau Betul Dah Lama Keluar Surat Khabar" - Chef Wan Sifatkan Dakwaan Serina Terlibat Kartel Dadah Sebagai Fitnah

gempak
17/04/2021
06:14 MYT
Menurut Chef Wan, dakwaan itu tidak benar dan dia telah menerima khabar berunsur fitnah mengenainya sejak lebih sebulan lalu.
Laman Utama

Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami: "Berhentilah Buat Fitnah"

gempak
10/04/2021
08:50 MYT
Bapanya, Cef Wan mendakwa dia telah menikah di Siam
Laman Utama

Dakwa Tak Tahu Serina Kahwin, Tapi Sudah Menikah Di Siam, Chef Wan: "Dulu Pun Dia Memalukan Saya..."

gempak
09/04/2021
12:20 MYT
Chef terkenal, Datuk Chef Wan akui terkejut mendapat berita pernikahan anaknya, Serina Redzuawan yang berlangsung secara tertutup.
Laman Utama

Mahkamah Tolak Permohonan Serina Redzuawan Fail Rayuan Balas Hak Penjagaan Anak Lelaki

gempak
24/03/2021
23:50 MYT
Semoga ada jalan.