,
Laman Utama

Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Dipadam Youtube, FMC Beri Penjelasan - “Sebenarnya…”

Izwan Isa
13/07/2022
03:26 MYT
Dua video siaran langsung yang berada di saluran Youtube Lofi Girl terpaksa dihentikan baru-baru ini atas alasan laporan hak cipta yang dibuat oleh syarikat rakaman tempatan, FMC Music.
Perkhabaran tersebut diumumkan sendiri oleh pemilik akaun emnerusi perkongsian Twitter hujung minggu lalu. Menerusi ciapan berkenaan, pemilik akaun tersebut menjelaskan yang dia menerima laporan pelanggaran hak cipta daripada Youtube yang dibuat oleh FMC Music Sdn Bhd Malaysia dan akan cuba menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.
Namun, selepas siasatan dibuat, ternyata laporan tersebut adalah palsu. Pihak Youtube menyedari hal berkenaan selepas dua video Lofi Girl, ‘lofi hip hop radio - beats to relax/study to’ dan ‘beats to sleep/chill to’ telah dipadam selepas laporan berkenaan dibuat. Youtube kemudian menyampaikan permohonan maaf menerusi Twitter, dan memaklumkan bahawa ada yang telah menyalahgunakan sistem aduan yang telah disediakan oleh platform perkongsian video berkenaan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa marah dan ada juga yang meluahkan rasa malu dengan ‘tindakan’ FMC Music tersebut. Menurut mereka, tiada satu pun lagu Melayu yang distrim oleh Lofi Girl sehingga dua video berkenaan dihentikan siarannya.
Sementara itu, wakil FMC Music, Encik Ho ketika dihubungi berkata, pihaknya baru menyedari tentang hal berkenaan hari ini, apabila masing-masing masuk semula ke office selepas bercuti.
“Kita tak masuk office sebab cuti dan baru hari ini kita dapat tahu mengenai perkara berkenaan. Kita dah buat report dekat Youtube dan submit semua dokumen yang diperlukan.
“Kami syak hacker yang godam akaun kami dan buat laporan hak cipta itu. Sebab FMC hanya buat muzik tempatan dan kami tidak buat sebarang muzik antarabangsa.
“Sekarang ini, kami tidak boleh buat apa. Kami hanya tunggu keputusan daripada Youtube untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Gempak.
Sekadar informasi, Ini bukan pertama kali Lofi Girl terkena serangan laporan hak cipta palsu. Dua tahun lalu, Youtube memadam saluran berkenaan kerana pernah dianggap melanggar Persyaratan Layanan.
Untuk rekod, dua video yang dipadam oleh Youtube tempoh hari sudah pun ditonton lepas 790 juta kali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024

gempak
14/08/2024
16:01 MYT
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara 32 artis popular yang akan menghangatkan Hausboom Music Festival 2024 yang bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober depan.
Viral

Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Cupcake Aisyah Buka Mulut Mengenai Nana - “Saya Hormat Keputusannya…”

gempak
06/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah akhirnya berbicara mengenai kisah sebenar yang berlaku antara dia dan sepupunya, Nana.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.