gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
HIBURAN
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa ‘Downgrade’ Hidup Gara-Gara Gosip Bercinta Dengan DJ Kidd, Emma Maembong: “Saya Tak Kisah, Bukan Jenis…”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
24/03/2025
20:50 MYT
Sponsor Banner
Didakwa ‘Downgrade’ Hidup Gara-Gara Gosip Bercinta Dengan DJ Kidd, Emma Maembong: “Saya Tak Kisah, Bukan Jenis…”
Aktres Emma Maembong tampil memberi respons terhadap dakwaan netizen yang mendakwa dirinya merendahkan atau ‘downgrade’ hidupnya gara-gara spekulasi bercinta dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Menurut Emma, 33, dia menjelaskan dirinya tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa malah selesa berkenalan dengan semua orang tanpa mengira nama dan status.
“Orang cakap kenapa saya ‘downgrade’. Mungkin bagi anda sendiri saya yang ‘downgrade’. Apa yang anda kejar dalam dunia ini?
“Emma Maembong adalah nama kerja saya. Nama saya tetap Fatimah Rohani, saya tetap seorang wanita yang ingin jadi suri rumah. Kalau anda rasa saya ‘downgrade’ sebab bercinta dengan orang biasa, mungkin hidup anda yang tiada gred.
“Saya memang tiada gred dalam hidup saya. Sebab itu saya berkawan dengan semua. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya kepada Gempak.
Tambah pelakon drama Seribu Tahun itu lagi, dia menyerahkan kepada Tuhan soal jodoh dan menegaskan tidak memandang latar belakang atau status seseorang untuk berkenalan.
“Saya tak kisah, mungkin selepas ini lagi downgrade daripada itu, kita tak tahu.
“Saya serahkan pada Allah sesiapa saja jodoh saya. Saya berserah dan tiada letak sebarang gred. Tetapi ia pilihan masing-masing.
“Dari dulu lagi saya memang tiada gred. Saya tak pernah pandang status pun. Saya tak pilih untuk berkawan dengan sesiapa. Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya hanya jadi diri sendiri,” jelasnya.
Terdahulu, netizen mendakwa Emma merendahkan atau ‘downgrade’ hidupnya gara-gara gosip aktres tersebut yang bercinta dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Sebelum ini heboh spekulasi Emma didakwa telah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Namun, Emma tampil memberi penjelasan bahawa dia masih solo dan hubungannya dengan DJ Kidd hanya berkawan.
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Netizen
#Hidup
#Berkawan
#Dakwaan
#Downgrade
#“DJ
#“Emma
#Kidd”
#Maembong”
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement