,
Laman Utama

Didakwa Ciplak Packaging Facial Wipe, SimplySiti Mohon Maaf - "Kami Tidak Berniat Meniru Mana-Mana Produk Atau Rekaan Pembungkusan ..."

Amri Hassan
24/11/2021
06:50 MYT
Syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan Datuk Seri Siti Nurhaliza, SimplySiti tampil membuat permohonan maaf ekoran salah faham dan kekeliruan berhubung pembungkusan produk tisu pembersih yang sama dengan salah satu jenama tempatan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan pada Selasa, SimplySiti mengambil serius dakwaan terbabit dan menjelaskan tidak berniat untuk meniru mana-mana produk atau rekaan pembungkusan tisu pembersih terbabit.
"SimplySiti Sdn.Bhd mengambil sepenuh perhatian di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas syarikat Kayman Beauty di media sosial mengenai dakwaan terdapat persamaan pada rekaan pembungkusan produk tisu pembersih keluaran syarikat tersebut.
"Dimaklumkan bahawa pihak SimplySiti tidak berniat meniru mana-mana produk atau rekaan pembungkusan kerana tisu pembersih ini dikeluarkan menerusi pengilang peralatan asli atau OEM.
"SimplySiti dengan tulus ikhlas memohon maaf di atas segala salah faham atau kekeliruan yang berlaku.
"Kami amat menghormati syarikat-syarikat dan pengeluar produk lain serta mahu bersaing secara sihat di dalam perniagaan.
"Semoga dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dan salah faham di antara pihak SimplySiti dan Kayman Beauty dapat diselesaikan dengan baik," tulis kenyataan itu.
Terdahulu kecoh di media sosial apabila pembungkusan tisu pembersih dua jenama tempatan itu tular dan menjadi perdebatan antara peminat setia penyanyi nombor satu negara itu dan ejen-ejen produk. Tindakan tampil memperjelaskan isu terbabit juga dipuji warganet, menyifatkan SimplySiti sangat profesional dalam menguruskan krisis dan patut menjadi contoh kepada jenama tempatan lain apabila timbul isu plagiarisme.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar