HIBURAN
Diana Danielle Sebak, Akui Perit Rasa Kehilangan ‘Bestfriend’ Dalam Perkahwinan - “Itu Titik Terendah Dalam Hidup Saya”
Pelakon Diana Danielle mengakui kehilangan bapa dan mengetahui ibunya menghidap kanser ketika usianya 12 tahun antara pengalaman perit dalam hidupnya.
Kehilangan 'sahabat baik'
Bagaimanapun Diana menganggapan kehilangan ‘sahabat baik’ dalam perkahwinannya merupakan titik terendah dalam kehidupannya.
“Kehilangan bapa saya adalah salah satu daripadanya. Masa dapat tahu ibu saya ada kanser ketika saya berusia 12 tahun juga perit.
“Kehilangan rumah tangga bukan titik terendah dalam hidup saya. Kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan saya itu titik terendah dalam hidup saya,” kata Diana.
ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Bidas Komen Netizen Suruh Cari Lelaki Kaya - “Lelaki Pun Ramai Yang Bergantung Dekat…”
Diana berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Confession Bilik Gelap bersama pengacara Sudirman menerusi TikTok Syok.
Sukar terima hakikat
Pada perkongsian yang sama, Diana turut mengakui bukan mudah untuk menerima hakikat mereka tidak lagi berjalan seiringan.
“Menerima hakikat mungkin kita bukanlah… kita dah tak seiring dan sejalan,” kata Diana yang turut tidak dapat menahan sebak.
Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian itu membuat andaian ‘sahabat baik’ yang dimaksudkan Diana adalah bekas suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
“Betullah tu bila dah kahwin bestfriend kita adalah suami kita. Kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan sangat perit. Tapi hidup perlu diteruskan.
“Rasa maksud dia ‘bila dia sedar dia dan bekas suami bukan lagi sahabat baik antara satu sama lain,” komen netizen.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Pasangan itu kemudian kembali rujuk namun sekali lagi rumah tangga bergolak dan disah bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu.
@syoksyoksyok Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon dan usahawan seni Diana Danielle tampil membuka sisi hidup yang jarang dikongsi kepada umum. Di sebalik glamor dan populariti sejak usia remaja, Diana sebenarnya telah melalui pelbagai fasa kejatuhan dari tekanan industri hiburan, cabaran dalam kehidupan peribadi, hinggalah perjuangan mencari semula kekuatan diri. #SYOK #syokpodcast #confessionbilikgelap #dianadanielle #pelakonmalaysia #kehidupan #jatuhbangunsemula💪 #malaysia #fyp #fypシ @diana.danielle @sudyrtahir ♬ original sound - SYOK
Must-Watch Video