,
Laman Utama

“Dia Pun Girlfriend Saya!”- Bila Ryan Reynolds Jumpa Dirinya Sewaktu Kecil Dalam The Adam Project?

Syafiqah Jalal
11/03/2022
10:28 MYT
Filem yang dinanti-nantikan The Adam project lakonan utama Ryan Reynolds sudah boleh ditonton secara eksklusif Netflix mulai 11 Mac 2022, semalam.
Filem bergenre sains fiksyen dan komedi itu turut dibarisi banyak pelakon hebat Hollywood lain seperti Jennifer Garner, Mark Ruffalo, Catherine Keener, Zoe Saldaña dan pelakon remaja. Walker Scobell.
Diarahkan oleh Shawn Levy, The Adam Project mengisahkan tentang Adam Reed yang dilakonkan oleh Ryan seorang pilot penjelajah waktu dari tahun 2050 yang menjelajah ke masa lalu untuk menyelamatkan Laura (Zoe Saldana), kekasihnya.
Adam Reed sebenarnya juga seorang penjelajah waktu yang hilang dalam ruang waktu berbeza dalam keadaan yang misteri.
Banyak aksi dan teknik CGI digunakan dalam filem ini dan ia menjadikan jalan ceritanya lebih menarik sesuai dengan genre filem itu sendiri. Namun segalanya nampak seperti alam sebenar meskipun ia dicipta khas untuk filem ini.
Si Pengembara Waktu
Pada permulaan cerita ini, penonton pasti tertanya-tanya apa yang berlaku kerana Ryan Reynold dan Walker Scobell sebenarnya adalah ‘orang yang sama’.
Suatu malam, Adam Reed versi remaja berusia 13 tahun yang dilakonkan oleh Walker Scobell berada di garaj rumahnya dan mendapati pilot misteri yang terluka dan bersembunyi di situ.
Adam versi remaja yang ketika itu masih berduka atas kematian mendadak sang ayah pada setahun silam. Tak disangka, pilot misteri itu ternyata adalah versi dewasa dari dirinya di masa depan.
Adam dewasa (Ryan Reynolds) sedang berada dalam sebuah misi di mana pada masanya, perjalanan waktu masih dalam tahap awal perkembangan.
Chemistry Adam Dewasa & Remaja Terbaik
Penonton pasti tertarik dengan chemistry antara Ryan Reynold dan Walker Scobell kerana karakter mereka memang sama dan sepadan apabila dua-dua itu bertemu.
Malah aksi yang mencuit hati saat kelakukan mereka ada ketikanya sama dan berlaku serentak tanpa mereka sendiri sedari.
Apabila mereka sudah saling mengenali dan Adam dewasa sudah memberitahu tentang siapa dirinya, Adam remaja pula seolah-olah mengambil berat tentang dirinya termasuk kekasihnya iaitu Laura lakonan Zoe Saldana.
Paling mencuit hati lagi apabila Adam junior terlalu bertanyakan mengenai Luara dan Adam dewasa mula rimas tetapi dibalas oleh Walker Scobell dengan ayat – “Dia pun girlfriend saya!”.
Meskipun ada kalanya ‘dua’ Adam ini tidak sehaluan namun mereka tetap meneruskan pengembaraan mereka ke masa lalu untuk menemukan ayah mereka. Mereka juga perlu memperbaiki keadaan demi menyelamatkan dunia.
Apakah kesudahan pengembaraan dan misi mereka? Saksikan The Adam Project di Netflix mulai 11 Mac 2022, esok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

gempak
10/10/2023
14:45 MYT
David Beckham diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Laman Utama

Eksklusif Bersama Jamie Dornan, Cerita Tentang Heart of Stone, Gal Gadot & Kembara 6 Negara!

gempak
17/08/2023
03:22 MYT
Gempak berkesempatan menemubual bintang Hollywood, Jamie Dornan pada Jun lalu yang membintangi filem Heart of Stone terbitan Netflix.
Artis Korea

T.O.P, Jo Yu Ri Diumumkan Sertai Barisan Pelakon Squid Game 2!

gempak
29/06/2023
14:50 MYT
Tak sabarnya!