gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas

gempak
Maliah Surip
07/06/2025
15:22 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
Percintaan selebriti Chris Martin dan Dakota Johnson dilaporkan telah berakhir selepas lapan tahun menjalin hubungan.
Martin yang juga merupakan vokalis Coldplay dan aktres didakwa berpisah secara baik, lapor People.
Khabar perpisahan vokalis berusia 48 tahun dengan aktres berumur 35 tahun tersebut dilaporkan hanya selepas pasangan itu dilihat menghabiskan masa bersama di Malibu; mereka tinggal di sana sejak tahun 2021.
Tahun lalu, pasangan ini pernah digosipkan telah mengakhiri hubungan cinta mereka namun berita tersebut didakwa sebagai tidak benar oleh satu sumber.
Keduanya mula menjalin hubungan pada 2017 sebelum dilaporkan bertunang tahun lalu. Namun keduanya yang selalu menjalani kisah cinta dalam keadaan sederhana tidak bercadang berkahwin dalam masa terdekat.
Sebelum ini Martin pernah berkahwin dengan Gwyneth Paltrow dari tahun 2003 sehingga 2014. Pasangan itu memiliki dua anak iaitu Apple, 21 dan Moses, 19. Johnson pula pernah menjalin hubungan dengan aktor Jordan Masterson dan pemuzik, Matthew Hitt.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Cinta
#Putus
#Chris Martin
#Dakota Johnson
Must-Watch Video