gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut

gempak
Gempak
07/06/2025
14:40 MYT
Sponsor Banner
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
"Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya," demikian luahan pilu Muhammad Ridzuan Ishak, 33, abang kepada seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, tengah malam tadi.
Adiknya Muhammad Ikmal, 26, yang juga anak keenam daripada tujuh beradik, maut bersama isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan tiga adik iparnya.
Muhammad Ridzuan, yang bekerja sendiri, berkata dia kali terakhir bertemu arwah adiknya itu pada Rabu lalu di Taman Malar, Tambun, Perak ketika semua adik-beradik berkumpul.
"Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Malam kejadian, saya sempat lihat status WhatsApp yang dimuat naiknya kira-kira 10 malam... dia kata itu jalan pertama dan terakhir buatnya. Tak sangka itu petanda," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, dia menerima berita menyayat hati itu kira-kira 1.30 pagi melalui panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya.
"Pada mulanya saya tidak percaya, namun selepas dimaklumkan secara terperinci, saya tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa.
"Pada asalnya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, tetapi keluarga mentua arwah memohon supaya dikebumikan di Bota (Perak)," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad mengesahkan kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Toyota Alphard berlaku sekitar 12 tengah malam.
Katanya semua lima mangsa menaiki Perodua Bezza dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mereka ialah Muhammad Ikmal; isterinya, Nur Arfiqah; serta adik iparnya, Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19; dan Nurul Hazwani, 17. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Aidiladha
#Maut
#Nahas
#Jerantut
Must-Watch Video