gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda RM3,000!
HIBURAN
Fahrin Ahmad Kongsi Berita Sedih Kehilangan Ayah Tercinta - “Hati Terlalu Rapuh”
HIBURAN
Spekulasi Terjawab, Pempengaruh Chazynash Sahkan Sudah Bercerai - “Dalam Hal Ini,Saya Yang Bersalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Di Leher Saya Ada Dua Kesan Pisau Rambo" - Prince Syed Cerita Pengalaman Dirompak Di Masjid Jamek, Syukur Jam Tangan Pemberian Ibu Selamat

gempak
Amri Hassan
25/05/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Di Leher Saya Ada Dua Kesan Pisau Rambo" - Prince Syed Cerita Pengalaman Dirompak Di Masjid Jamek, Syukur Jam Tangan Pemberian Ibu Selamat
Pempengaruh dan usahawan popular Prince Syed mendedahkan dirinya pernah mengalami pengalaman menakutkan dirompak dua lelaki di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Cerita Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif, kisah hitam itu berlaku sekelip mata dan hilang segala-galanya disebabkan pernah menayangkan kemewahan di media sosial.
"Saya pernah kena rompak, buktinya ada dua garisan pisau rambo perompak di leher saya sampai sekarang. Kejadian itu berlaku sangat cepat dan saya tak mampu berbuat apa-apa.
"Namun saya bersyukur masih selamat walau semua benda yang ada dirompak ketika itu dan saya bernasib baik juga dalam banyak-banyak barang yang diambil, Allah kaburkan pandangan mata mereka daripada ambil jam tangan pemberian ibu saya pada hari jadi.
"Kalaulah mereka ambil jual, seronok tu!" katanya kepada Gempak.
Syed mengulas laporan media terdahulu mengenai kesan tindakan influencer menayangkan kemewahan di media sosial hingga membuka ruang kepada terjadinya jenayah termasuklah rompak dan samun.
Dalam pada itu, kongsi Syed susulan kejadian itu juga, dia lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak lagi berkongsi lokasi semasa selain memasang bodyguard.
"Apa saya boleh katakan selagi boleh jaga keselamatan diri, kita jaga. Saya tak berani pergi ke public suka-suka. Kalau ke event, semuanya dikawal dan saya juga ambil langkah berjaga-jaga termasuk pasang bodyguard.
"Apabila kita publish kemewahan, kita berdepan pelbagai risiko. Kalau nak bercuti berjalan, saya tak update pada masa sama. Selepas beberapa hari baru saya akan publish," katanya yang turut berdepan kes kecurian wang daripada kalangan kakitangannya sendiri hampir setiap hari.
Selain itu, Syed juga tidak pernah berkongsi kediamannya di media sosial bagi mengelakkan penjenayah mengesan kedudukannya.
"Di rumah saya ada CCTV sekeliling, orang pun sebenarnya tak tahu saya tinggal di mana. Saya tak duduk di kejiranan elit, rumah saya ada merata tanpa orang tahu lokasi sebenar.
"Apabila saya keluar sekarang, saya akan pakai penutup muka. Sebenarnya saya lebih pada tak suka diganggu apabila saya bersama dengan keluarga. Selagi boleh jaga-jaga kita jaga-jaga," tambahnya.
Menyifatkan konsep tayang kemewahan di media sosial sekadar konten dan sebahagian daripada marketing untuk penjenamaan diri dan bisnes, Syed akui impak itu turut memberikan kesan negatif kepada keluarganya.
"Saya juga tak dapat lari daripada penyakit ain. Hati orang, ada saja yang tak senang tengok apa kebahagiaan dan kemewahan kita, sentiasa ada yang nak jatuhkan kita.
"Saya sendiri pernah kena, jenuh nak berubat. Isteri saya pun baru saja kena dan tengah dalam proses berubat tradisional.
"Jadi, nasihat saya kepada semua, janganlah iri hati dengan posting orang lain, bukan senang nak membina nama dan mengumpul harta.
"Apa saya post setiap hari untuk memberikan galakan supaya berusaha mencapai apa yang dihajat. Masyarakat kita patut ubah mentaliti, rompak duit RM10,000, sekelip mata saja boleh habis pada zaman sekarang ni. Fikir balik!
"Saya pun bermula daripada bawah, asalnya pun kerja makan gaji juga. Tapi saya ambil risiko berniaga, nak buktikan kepada keluarga saya boleh uruskan kehidupan dengan baik. Berusahalah secara jujur, amanah dan ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan Allah," simpulnya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Rompak
#Usahawan
#Influencer
#Bodyguard
#Prince Syed
#Masjid Jamek
Must-Watch Video