,
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

Maliah Surip
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).

Ada yang dah sudah beraya

Namun, sebahagian masyarakat di Jakarta, Indonesia sudah merayakan Aidiladha hari ini.
Mereka juga sudah selesai melakukan solat Aidiladha di Masjid Agung Al-Azhar.
Alasan ketua jabatan yang mengelola masjid tersebut, Tatang Komara adalah mereka mengikut waktu wukuf di Arafah, Arab Saudi yang jatuh pada Sabtu atau 16 Jun 2024, lapor CNNIndonesia.

“Kami bersepakat (raya) hari ini selepas mengikut informasi yang dikeluarkan Arab Saudi berkaitan wukuf di Arafah yang jatuh pada tanggal 15 Jun 2024.

“Jadi ini bermakna esok hari (hari ini) atau tanggal 16 Jun 2024 adalah hari raya. Maka kita lakukan solat Aidiladha sesuai dengan hari raya,” ujar Tatang ketika ditemui di Masjid Agung Al-Azhar.

BERITA TRENDING: Ramalan Awal MetMalaysia, Hujan Lebat Pada Aidiladha Ini

​BERITA TRENDING: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

BERITA TRENDING: Nak Jimat Duit, Lelaki Ubah Suai Kenderaan Tinggal Dalam Proton Iriz

Tatang juga mengatakan masyarakat yang ikut merayakan dan solat Aidiladha di masjid tersebut turut mengambil tema melahirkan rasa prihatin terhadap sesama umat Islam di Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

gempak
20/06/2024
06:30 MYT
Meskipun hari ini merupakan hari Tasyrik terakhir pada tahun ini, masih ramai lagi yang menerima daging korban.
Berita

Lebih 550 Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah

gempak
19/06/2024
21:41 MYT
Musim haji pada kali ini telah merekodkan lebih 550 jemaah meningggal dunia berikutan suhu ekstrem yang mencengkam Tanah Suci Makkah.
Berita

Astro Radio Anjur Ibadah Korban Bersama Siti Khadijah

gempak
19/06/2024
12:17 MYT
Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Lelaki Maut Rempuh Lembu Terlepas Di Lebuh Raya

gempak
18/06/2024
21:51 MYT
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa.