Hiburan
“Demi Allah Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Mahkamah, Bagi Bukti Mahkamah Mana Saya Pergi” - Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha Senrose menafikan dakwaan berkaitan telah hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama suami, Kamal Adli.
Minta bukti pergi mahkahmah
Akui terkejut selepas mendengar tentang perkhabaran tersebut, Uqasha memaklumkan rumah tangganya bersama Kamal masih dalam keadaan baik.
Malah, menganggap gosip liar itu sebagai dakwaan yang tidak berasas.
“Saya terkejut bila dengar dakwaan tersebut, saya tidak tahu dari mana datangnya ura-ura mengatakan saya ke mahkamah syariah jadi saya tidak boleh nak komen.
“Demi Allah saya tak pernah jejak kaki saya untuk ke mahkamah syariah. Kalau mahkamah syariah mesti ada nama, pergi lah periksa ada ke tidak nama saya.
“Saya memang nafikan 100 peratus dakwaan tersebut. Selagi saya boleh jaga rumah tangga saya akan jaga sebaiknya.
“Boleh bagi bukti saya pergi mahkamah mana, saya tak tahu mahkamah mana saya pergi. Mahkamah pun saya tidak tahu di mana,” ujarnya katanya ketika ditemui di majlis sidang media dan pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dalam pada itu pelakon filem Hantu Kak Limah itu juga berkata dia tidak tertekan meskipun berkali-kali diasak dengan isu berhubung kisah rumah tangganya.
“Setiap rumah tangga tiada yang indah-indah semuanya. Takkan saya nak cerita semua dalam kain rumah tangga saya kepada semua.
“Alhamdulillah saya tiada apa lagi tertekan dengan kata-kata orang semua. Selagi tak sampai ke tahap itu saya rasa tiada apa yang nak dirisaukan.
“Mulut orang kita tak boleh nak tutup lebih baik saya dan Kamal fokus cari rezeki untuk besarkan anak kami,” katanya lagi.
Sebelum ini, Kamal Adli turut menafikan dakwaan dia dan isteri, Uqasha Senrose, hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Menurut Kamal, bercerai bukan pilihan dan hampir mustahil ke arah itu kerana kasih sayangnya terhadap keluarga kecilnya terlalu mendalam.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.
Menerusi perkembangan lain, bagi koleksi Aidilfitri kali ini, Ariani telah menampilkan 300 pilihan hijab dan 300,000 baju raya sempena Aidilfitri.
Majlis pertunjukan itu diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.
Must-Watch Video