,
Laman Utama

Delilah Perlukan Darius Bantu Sinar Wira, Tan Sri Dhameer Pula Tak Mahu Jilat Ludah Sendiri?

Syafiqah Jalal
02/05/2022
07:39 MYT
Pejam celik pejam celik filem bersiri KUASA hari ini akan memasuki episod ke empat.
Dalam episod ke empat hari ini pelbagai kejadian dan babak suspen yang akan menanti penonton.
Terutama apabila keadaan Wira Entertaimnent dilihat semakin tenat dan filem Sinar Wira yang Delilah sedang usahakan juga kini mengalami masalah yang besar.
Delilah pusing memikirkan cara untuk menyelamatkan filemnya itu. Delilah perlukan Darius tapi Tan Sri Dhameer seboleh-boleh tidak mahu libatkan anak lelakinya itu.
Mungkin Tan Sri Dhameer tak mahu dianggap seperti menjilat ludahnya sendiri selepas membuang Darius dari Wira Entertainment?
Namun adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah itu? Saksikan KUASA yang akan ditayangkan malam ini!
Apakah lagi drama keluarga Tan Sri Dhameer kali ini? Jangan lupa saksikannya dalam episod mala mini pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.
Saksikan KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Astro Originals ini membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.