HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Dania Teman Che Ton Masak 3 Menu Utama, Antaranya ‘Daging Salai Masak Kicap & Cencaru Sumbat Kelapa’
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ kembali dengan episod kedua yang lebih mencuit hati.
Kali ini Che Ton (Sherry Alhadad) ditemani oleh Dania dari Awan Dania (lakonan Scha Alyahya) yang akan masak tiga menu, daging salai masak kicap, cencaru sumbat kelapa dan sayur campur.
Manakala Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula menyediakan pencuci mulut iaitu cream caramel.
Drama apa yang akan terjadi antara Dania, Che Ton, Sarimah dan Tuyah? Kena la saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom tengok resepi untuk menu-menu tersebut;
Daging salai masak kicap
#Bahan utama
- Daging sekilo
- 2 ulas Bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji Cili padi hijau
- 2 sudu besar Cili kering yang sudah dikisar
- 1/2 halia
- 4 tangkai Daun kari
- 1 batang Serai
- 1 biji Bawang kuning
- sos tiram
- Kicap
- Madu
- Kiub daging
- Garam & gula
- Kentang
- Lobak merah
- Kacang panjang
Cara memasak:
#1 Daging disalai terlebih dahulu
#2 Perapkan daging degan kicap - 5 sudu besar, sos tiram - 7 sudu besar, madu 1 sudu besar. Biarkan seketika
#3 Tumiskan bahan yang dikisar (bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, cili kering) tumis sehinga pecah minyak
#4 Masukan serai yang diketuk, daun kari, dan kenyang yang sudah digoreng dahulu
#5 Biar seketika, masukan daging yang sudah diperap, masukan kiub daging masak hingga sebati kalau kurang kicapnya tambahkan lagi kicap sedikit.
#6 Masukan lobak merah, kacang panjang dan bawang kuning, garam & gula secukupnya, tunggu smpai masak tutup api dan boleh dihidangkan
Cencaru sumbat kelapa
- 4 ekor ikan | saiz sederhana besar
- 8 sudu besar kelapa parut putih
- 1 batang serai
- 3 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah
- 10-15 biji cili padi
- 1 labu bawang besar | hiris
- Garam
- Gula sikit
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
- 1 helai Daun kunyit | dihiris nipis
- 1 biji telur
Cara memasak:
#1 Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
#2 Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
#3 Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
#4 Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
#5 Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
#6 Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat
#7 Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Sayur campur
- 1 1/2 sudu besar minyak masak
- 2 ulas bawang putih, dihiris nipis
- 80 g lobak merah, dihiris serong
- 80 g kubis bunga
- 5 sudu besar Air
- 2 biji bawang merah, dihiris tebal
- 80 g udang, dibersihkan
- 80 g jagung muda, dihiris serong
- 180 g brokoli
- 1 sudu besar penambah perisa
Cara memasak:
#1 Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
#2 Masukkan udang dan kacau goreng seketika.
#3 Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak.
#4 Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Goreng sebentar.
#5 Perasakan dengan Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan kacau rata
#6 Sedia untuk dihidang.
Puding Karamel
#Bahan Gula Karamel
- 1/3 cawan gula
- 2 sb air
Cara memasak:
Untuk Lapisan Karamel
#1 Masak gula dengan air sehingga gula cair dan naik buih.
#2 Apabila sudah keperangan, masukkan gula caramel kedalam loyang dan ratakan karamel pada permukaan loyang.
#Bahan Adunan Puding
- 2 cawan susu Goodday
- ½ cawan gula
- 1 sk esen vanila
- 4 biji telur saiz B
- 1 kuning telur
- Secubit garam
Untuk Puding Karamel
#1 Kacau perlahan telur dan kuning telur, lalu masukkan esen vanila.
#2 Masak susu full cream, gula dan secubit garam. Masak sehingga naik asap, berbuih sedikit dan tidak perlu masak sehingga mendidih.
#3 Tuang adunan susu suam kedalam telur sedikit demi sedikit sambil mengacau perlahan adunan.
#4 Tapis adunan puding, lalu tuangkan kedalam loyang lapisan karamel dengan perlahan.
#5 Tutup loyang dengan aluminium foil, dan masak puding karamel samada dengan cara mengukus atau membakar.
#6 Bagi kaedah water bath dan bakar, masukkan loyang kedalam loyang yang lebih besar lalu tuang air panas kedalam loyang besar.
#7 Bakar puding karamel pada suhu 160˚ dalam anggaran selama 50 minit.
#8 Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam ataupun semalaman.
#9 Lorekkan bahagian tepi puding lalu terbalikkan puding karamel untuk dihidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video