,
Laman Utama

"Dapat RM10 Juta, Saya Bagi Bonus" - Nabil Ahmad

Amri Hassan
27/07/2021
14:25 MYT
Pengacara yang kini bergelar pengarah filem Mat Bond Malaya, Nabil Ahmad berjanji akan memberikan bonus kepada pelakon dan kru filemnya sekiranya kutipan mencecah RM10 juta.
Kata Nabil, niat itu pernah disuarakannya setelah selesai penggambaran Mat Bond Malaya dua tahun lalu.
"Sebenarnya ketika tamat penggambaran saya pernah umumkan akan memberi bayaran sekali ganda kepada pelakon dan kru jika Mat Bond Malaya pecah panggung dengan kutipan RM20 juta.
"Namun keadaan bertukar dengan ‘serangan’ COVID-19 hingga akhirnya kami ambil keputusan siarkan menerusi Astro First selepas hampir dua tahun menunggu pawagam dibuka semula.
"Apa pun, melihatkan keadaan semasa terutama impak pandemik terhadap pekerja seni tidak dapat bekerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tetap pasang niat berkongsi rezeki dengan semua yang terlibat dalam filem ini sekirannya kutipan dapat mencecah RM10 juta, insya-Allah," katanya.
Mat Bond Malaya membariskan Naqiu dan Elizabeth sebagai teraju utama di samping Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan Amyza Aznan.
Filem berkenaan turut menampilkan kemunculan istimewa nama-nama besar sebagai pelakon undangan, antaranya, Datuk Yusof Haslam, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Ramli MS, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul dan Didie Alias.
Istimewanya juga, Mat Bond Malaya turut diserikan dengan undangan khas, empat pengarah terkenal iaitu Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Michael Ang dan Mamat Khalid.
Mat Bond Malaya mengisahkan seorang jejaka bernama Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’ sahaja.
Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi, namun tidak berjaya.
Disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti.
Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombi.
Mat tiada pilihan melainkan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.
Mat Bond Malaya mula ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 pada 20 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar