RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Rayme, Aril Eles Rampas Kembali Kedudukan The Five! Perjalanan Khalyn & Faysal Saad Terhenti Di Minggu Ketiga
Minggu kedua Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan bintang, Khalyn dan Faysal Saad gagal meneruskan perjalanan mereka ke minggu seterusnya.
Sementara itu, Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry, dan Share Lopes berjaya menjadi menduduki tangga lima teratas sekali gus tersenarai dalam ‘The Five’.
Mengikut jejak langkah The Five adalah Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Keka dan Max Brandon berjaya mara ke minggu keempat.
Melinda Dadewn berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire untuk konsert minggu ketiga.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video