,
Laman Utama

Dakwa Hanya Tetamu Dalam Pesta Dadah, Anak Shah Rukh Khan Tetap Direman

Maliah Surip
05/10/2021
15:20 MYT
Penangkapan anak pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan, Aryan Khan dalam serbuan penyitaan dadah di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai masih mendapat perhatian media.
Selepas ditangkap bersama tujuh yang lainnya dalam serbuan yang dibuat Biro Kawalan Narkotik (NCB), Aryan tidak terlepas daripada tahanan reman walaupun pihak peguam anak aktor tersebut berusaha berbuat demikian.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Mumbai semalam. Selain Aryan, dua lagi rakannya juga kekal ditahan reman sehingga 7 Oktober atas tuduhan pengambilan dadah.
Menurut laporan NDTV, si bujang berusia 23 tahun itu kelihatan tenang sementara pelakon Arbaaz Merchant dan pereka fesyen Munmun Dhamecha dilihat tidak boleh menerima kenyataan selepas hakim membacakan keputusan tersebut.
Terdahulu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde menjelaskan kliennya sebagai seorang yang 'bersih' dan telah berada di tempat yang salah pada waktu yang tidak tepat.
Aryan juga dikatakan hadir ke parti di atas kapal mewah itu sebagai seorang tetamu dan itu tidak boleh memberi justifikasi dirinya bersalah atau menggunakan dadah.
"Dia mengaku hadir ke parti itu kerana diundang sebagai tetamu dan pihak penyiasat tidak mempunyai sebarang bukti (dadah) di dalam begnya, tetapi menemui 6 gm bersama Arbaaz Merchant," ujar Maneshinde.
Malah Aryan juga menafikan dirinya terlibat dalam skandal dadah yang lebih besar selepas pihak NCB menemui perbualan dalam telefon bimbitnya yang didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian kartel dadah antarabangsa.
"Dalam seluruh kehidupan saya di luar negara, saya tidak pernah terlibat dengan dadah," tegas Maneshinde lagi mengenai pengakuan anak guamnya.
Sementara itu, keluarga Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan terus menerima sokongan daripada rakan seperjuangan dan peminat.
Salah seorang yang mempertahankan Aryan adalah bekas isteri Hrithik Roshan, Sussanne Khan.
Sussanne yang dipercayai merupakan sahabat baik Gauri mengatakan Aryan telah terperangkap dan menjadi mangsa keadaan apabila berada di tempat pada waktu yang salah.
"Saya rasa ini bukan mengenai Aryan Khan, dia hanya berada di tempat dan pada waktu yang salah.
"Adalah sedih dan tidak adil untuk anak ini. Saya bersama Shah Rukh Khan dan Gauri," ciapnya menerusi Twitter.
Pada Ahad, NCB telah melakukan serbuan di atas sebuah kapal layar mewah dan menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Hiburan

Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

gempak
13/09/2024
02:36 MYT
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.