,
Viral

Dahlia Rizal Tak Selesa Peminat Tarik Tangan Kuat-Kuat, Pegang Kulit Muka Tanpa Izin - "Jangan Pula Anggap I Sombong"

Amri Hassan
17/03/2024
07:45 MYT
Pempengaruh Dahlia Rizal menyuarakan rasa kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang bertindak terlampau agresif demi bergambar bersamanya.

BERITA TRENDING: “Dah Cari Resipi Sahur Tapi Tak Tahu Boleh Bangun Atau Tidak” - Dahlia Rizal Teruja Nak Berpuasa…

Jelas Dahlia, dia telah beberapa kali berdepan dengan insiden dia ditarik dengan kasar, dipegang terlalu kuat dan adakalanya kulit wajahnya disentuh tanpa izin.
"Saya nak suarakan tentang had antara kalian dan saya. Sejak beberapa bulan lalu, saya berdepan dengan situasi kebanyakan orang yang berjumpa dan nak bergambar dengan saya telah menarik saya secara tiba-tiba tanpa bertanyakan persetujuan saya terlebih dahulu.
"Ada yang terlalu teruja sampai pegang kulit dan wajah saya untuk memastikan saya betul-betul 'flawless'.
"Ada juga yang genggam kuat sangat lengan saya hanya untuk bergambar dengan saya," luahnya.

BERITA TRENDING: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami

Minat tidak meleburkan batasan antara dia dan orang ramai dan hal itu sekali gus menyebabkan Dahlia rasa kurang selesaa.
"Saya hargai sangat jika kalian datang pada saya dan meminta untuk bergambar dengan baik-baik tanpa perlu tarik tangan saya tiba-tiba.
"Seperti kalian tahu, saya memang akan selalu okey kalau kalian nak bergambar atau bersembang tapi jangan buat saya rasa kurang selesa dengan tindakan agresif sedemikian.
"Cuba tepuk bahu saya, tanya boleh tak nak bergambar, mesti lagi manis kan," ujarnya.

PIILIHAN PEMBACA: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!

Justeru, Dahlia berharap agar insiden seumpamanya tidak lagi berulang dan peminat lebih menghormatinya sebagai sesama manusia.
"Saya harap ia tidak akan terjadi lagi. Siapa je nak orang asing tak dikenali tiba-tiba tarik dan ambil gambar tanpa minta izin kan?
"Juga, janganlah suka-suka pegang muka dan sentuh kulit saya tanpa keizinan. Saya rasa sangat janggal, harap semua faham.
"Saya tak marah, cuma nak ingatkan saja. Jangan pula anggap I sombong atau tak nak bergambar. Tu bukan niat saya," tambah Dahlia lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Berita

Inovasi Baharu Lindungi Kulit Dari Dalaman, Dr. Cute Kenalkan Minuman Oral Sunproof Coffee

gempak
19/11/2024
18:55 MYT
Dr. Cute International Sdn. Bhd. telah mencipta gelombang baharu dalam industri kecantikan di Malaysia dengan memperkenalkan produk minuman Oral Sunproof Coffee oleh Dr. Cute.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Hiburan

Nyanyi Lagu Adele, Peminat Puji Suara Fazura Menenangkan - "Love It When You Sing In English"

gempak
14/11/2024
08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Fazura sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Unitar