,
Laman Utama

Dahlah Pandai, Famous Pula… Wajah Mekyun Kini Terpampang Di Billboard UTHM! Memang Wow!

Izwan Isa
15/11/2022
13:50 MYT
Pengguna media sosial pasti mengenali Mekyun, gadis berbangsa Cina yang cukup fasih berbicara dengan menggunakan dialek Kelantan. Keletahnya sering menyorot perhatian netizen, terutama dalam penghasilan kandungan pendek di platform TikTok dan Instagram.
Merupakan graduan Universiti Tun Husseun Onn Malaysia (YTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee merupakan pelajar yang cemerlang sepanjang pengajian.
Buktinya, Mekyun merupakan graduan kelas pertama dan juga penerima Anugerah Naib Canselor di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda, selain penerima Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik pada peringkat ijazah sarjana muda.
Sekali lagi, Mekyun mencipta nama dan menyorot perhatian netizen selepas wajahnya dilihat menghiasi papan iklan gergasi UTHM pada pintu masuk universiti itu.
“Still tak percaya Mekyun masuk billboard besar ni! So proud of my dear self, achievements and how far I’ve come. This goes out to my family, friends and korang semua!! Mekyun sayang sangat dekat korang tau!” tulis Mekyun pada ruangan kapsyen di Instagram.
Meskipun dikenali ramai sebagai influencer atau pempengaruh di media sosial, Mekyun kini memilih untuk berkarier sebagai Growth Executive di Teleport by AirAsia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Berita

Aufahanie Minta Orang Ramai Berhenti Kongsi Gambar Arwah Nidza - “Sila Take Down…”

gempak
15/08/2024
09:55 MYT
Penyanyi Aufahanie memohon agar orang ramai berhenti memuat naik gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam.
Viral

Netizen ‘Bengang’ Pengantin Bergambar Hingga Ganggu Laluan Kereta Api - “Demi Sekeping Kenangan”

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Sepasang pengantin menerima kecaman hebat oleh netizen gara-gara mengambil gambar di sebuah landasan sehingga mengganggu laluan kereta api.
Hiburan

“Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha

gempak
30/07/2024
03:55 MYT
Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha tampil memuatnaik satu hantaran memaparkan akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan ‘cat fish’.