Hiburan
Cuaca Teruk di China, DSV Terkandas di Lapangan Terbang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan anak lelakinya, Kacak terkandas di lapangan terbang Yiwu, China selama 24 jam.
Pertama kali dalam hidup
Menerusi perkongsian di laman Instagram, DSV memaklumkan kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku dalam hidupnya.“Pengalaman pertama terkandas di lapangan terbang negara lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Cuaca teruk
Sementara itu, DSV turut memaklumkan bahawa kejadian tersebut terjadi berpunca daripada cuaca yang teruk di kawasan tersebut.“Saya dan Kacak terkandas di Airport Yiwu, China selama 24 jam.
“Puncanya sebab keadaan cuaca yang teruk di Guangzhou, China jadi flight terpaksa delay.
“Adam Kacak bersama saya trip kali ini, Cik B tak ikut saya sebab dia ada urusan lain.
“Tapi saya berlaku setiap yang berlaku ada hikmahnya,” tulisnya di dalam perkongsian video tersebut.
Minta doa orang ramai
Dalam pada itu, DSV turut meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan.“Saya minta semua yang lihat video ini doakan segala urusan saya dipermudahkan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar DSV dan anaknya selamat kembali ke tanah air.
“Semoga Allah lindungi dan dipermudahkan segalanya buat Datuk Seri Vida dan Kacak.
“Semoga dipermudah segala urusan dan selamat sampai ke destinasi.
“Moga selamat sampai Malaysia, cuaca tak menentu sekarang ni.
“Cuaca memang tak baik, semoga selamat sampai kami dari sini doakan,” komen beberapa netizen.
Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…
Must-Watch Video