,
Laman Utama

Cristiano Ronaldo Tak Benarkan Anaknya Berusia 11 Tahun Memiliki Telefon Bimbit - “Jangan Terlalu Obses..”

Azwa Rahman
30/01/2022
08:11 MYT
Pemain bola sepak handalan dunia, Cristiano Ronaldo tidak membenarkan anaknya memiliki telefon bimbit meskipun cahaya matanya itu sudah berusia 11 tahun.
Alasan pemain Manchester United itu tidak menyediakan telefon bimbit buat Cristiano Jr adalah kerana enggan anaknya obses dan sentiasa ‘melekat’ dengan teknologi itu seperti mana generasi sebayanya.
“Anak sulung saya akan berusia 12 tahun dan dia sering bertanya saya adakah dia boleh memiliki telefon bimbit.
“Saya katakan kepadanya, ‘Cristiano, kamu ada masa (menggunakan telefon bimbit.’
“Saya tahu generasi hari ini selangkah lebih maju daripada usia mereka dan saya bersetuju bahawa kita harus memanfaatkannya tetapi jangan begitu obses dengan teknologi.
“Boleh benarkan mereka menggunakan telefon bimbit, tetapi ada masanya harus terbatas, bukan sepanjang masa. Saya fikir, itu maksud utamanya,” kata Ronaldo semasa menghadiri World Expo 2020 di Dubai seperti dilaporkan portal The Sun.
Kajian yang dibuat di United Kingdom mendapati kebanyakan kanak-kanak memiliki telefon bimbit sendiri ketika usia mereka mencecah tujuh tahun manakala sembilan daripada 10 kanak-kanak memiliki gajet sendiri pada umur 11 tahun.
Ditanya apakah teknologi membantu kerjayanya sebagai bintang bola sepak masyhur, Ronaldo berkata: “Tentu sekali banyak membantu.”
“Teknologi membantu saya dan membantu semua orang di sini, di seluruh dunia dan saya fikir kita harus ambil manfaat (daripada perkembangan teknologi) tetapi jangan terlalu obses dengannya.
Cristiano Jr akan menyambut hari lahir ke 12 pada Jun depan dia merupakan anak sulung Ronaldo dengan pasangannya Georgina Rodriguez yang kini sedang hamil anak kembar.
Ronaldo juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian

gempak
05/09/2024
13:55 MYT
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
Sukan

Ini Sebab Mengapa Ronaldo Enggan Cacah Tatu

gempak
25/08/2024
23:55 MYT
Tidak seperti pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan dia mempunyai sebab memegang prinsip berkenaan.
Sukan

UEFA Bakal Hukum Budak Lelaki Swafoto Dengan Ronaldo

gempak
24/06/2024
12:55 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.
Hollywood

Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

gempak
11/06/2024
13:34 MYT
Kisah penyanyi terkenal dunia, Ed Sheeran tidak memiliki telefon bimbit bukan satu berita baharu.
Sukan

Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

gempak
30/05/2024
15:55 MYT
Pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, sudah memenangi 14 gelaran penjaring terbanyak dalam enam kejohanan berbeza sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.