,
Laman Utama

COVID-19: 5,738 Jangkitan Baharu, Negeri Sembilan Melonjak 1,086 Kes

Awani
17/06/2021
10:45 MYT
Sebanyak 5,738 jangkitan baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 678,764 kes.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitternya.
Dalam ciapan itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negeri Selangor terus mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,825 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (1,086 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (559 kes).
Sementara negeri-negeri yang merekodkan jumlah kes di bawah 500 ialah Johor 449 kes, Sabah (248 kes), Kedah (197 kes), Melaka (184 kes) dan Kelantan (154 kes).
Dr Noor Hisham turut berkongsi statistik negeri-negeri yang jangkitan baharu di bawah angka 100 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 97 kes, Terengganu (77 kes), Pahang (54 kes), Perak (30 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (7 kes).
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.
Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.
Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.