,
Laman Utama

COVID-19: 17 Kes Import, Selangor Masih Catat Kes Tertinggi

Awani
08/04/2021
10:59 MYT
Malaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 355,753 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
Kes sembuh pula sebanyak 1,175, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 340,242 kes.
Terdapat pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,308 kes.
Mengenai penularan mengikut negeri, Selangor merekodkan angka tertinggi bagi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 374 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes.
Sebanyak 186 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak empat kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.