HIBURAN
Aina Abdul Syukur Dapat Satu ‘Stage’ Dengan Siti Nurhaliza, Hiburkan PMX & Presiden China - “Sepentas Bersama Idolaku...”
Penyanyi, Aina Abdul meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk menghiburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China, Xi Jinping di satu Majlis Makan Malam pada Rabu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Gentayangan itu berkongsi momen-momen yang sempat dirakam sepanjang majlis itu berlangsung.
“Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghiburkan tetamu di Majlis Makan Malam hosted by YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Prime Minister of Malaysia in honor of His Excellency Xi Jinping President of The People’s Republic of China..
“Ini saja sempat dirakam..❤️ bersyukur dengan aturan Yang Maha Esa,” tulis Aina.
Pada masa sama, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani juga turut menzahirkan rasa gembira kerana dapat mengadakan persembahan bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Sepentas bersama Idolaku, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan bersama MPO. Terima kasih untuk peluang ini,” tambahnya.
Sekadar info, Aina Abdul dan Siti Nurhaliza telah menyampaikan dua buah lagu semasa majlis makan malam itu berlangsung.
Aina menyanyikan lagu Tunggu Sekejap dan Wo Yao Ni De Ai sementara Siti Nurhaliza pula menyampaikan lagu tradisional Cindai dan The Moon Represent My Heart nyanyian asal Teresa Teng.
Majlis Makan Malam sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia telah berlangsung Kompleks Seri Perdana.
Must-Watch Video