HIBURAN
Nyanyi Santai Lagu Yank, Netizen Bidas Komen Perbandingan Nadeera Zaini & Shabrina Indonesian Idol - " Ini Competition Ke Bang..."
Penyanyi, Nadeera Zaini berjaya menarik perhatian netizen apabila berkongsi video sedang melakukan ‘warm up’ ketika sedang bersiap bersama dengan makeup artis.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nadeera menyanyikan lagu Yank nyanyian asal Wali Band.
“Mangsa warm up pagi,” tulis Nadeera di ruangan kapsyen.
Apa yang kurang menarik apabila, netizen mula membandingkan nyanyian Nadeera dengan peserta Indonesian Idol, Shabrina Leonita.
Malah ada juga yang berkata, nyanyian Nadeera tidak boleh ‘lawan’ penyampaian peserta tersebut.
“Sabrina lagi ada jiwa macam bercakap.
“Tak leh beat the Indonesian Idol contestant.
“Memang sedap suara Nadeera tapi lagi sfa Indonesia yang bawa lagu ini very mantap dia bawa sorry tak boleh challenge dia,” kata netizen.
Namun ramai yang kurang setuju dengan komen yang diberikan malah membidas kenyataan mereka yang menyatakan Nadeera cuba untuk ‘challenge’ Sabrina.
“She never meant to beat anyone?
“Dia nyanyi pun santai-santai, sambil pengang berus nak beat apanya.
“Why do she need to beat anyone?
“Ini competition ke bang sopi?
“Siapa pulak nak challenge dia? Biar je lah dia nyanyi suka-suka,” tulis warganet yang lain.
Meskipun ada komen yang kurang enak, rata-rata warganet di ruangan itu tetap memuji kesedapan suara pelantun lagu Bukan Lagi Kita Itu.
Pada masa sama, netizen juga menyatakan bahawa bakat-bakat seperti Nadeera, Aina Abdul dan Ernie Zakri akan disanjung jika dihantar ke Indonesia.
Must-Watch Video