gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Polis Kelantan Buru Empat Lelaki Culik Pemilik Kedai Emas
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Allan Andersn, Awient & Afiq Sky Tarik Nafas Lega, Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelima
BERITA
Hari Raya Aidiladha Dijangka Jatuh Pada 6 Jun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

'Confirm' Staf UPM! Pemandu Wanita Tular Maki Hamun Pemuda Tampil Mohon Maaf

gempak
Zulaikha Yusof
03/02/2021
23:30 MYT
Sponsor Banner
'Confirm' Staf UPM! Pemandu Wanita Tular Maki Hamun Pemuda Tampil Mohon Maaf
Pemandu wanita yang tular di media sosial gara-gara menghemburkan kata kesat terhadap seorang pemandu lain dalam satu perbalahan pada Selasa lalu disahkan bukan staf Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang didakwa.
Wanita terbabit adalah salah seorang kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pengesahan itu dibuat menerusi sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh insititusi berkenaan menerusi laman Facebook (FB).
"Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kepada isu reaksi seorang staf UPM yang dilaporkan bertengkar dengan pemandu jalan raya lain yang tular baru-baru ini.
"UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
"Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya," tulisnya.
Sementara itu, wanita terbabit yang dikenali dengan nama Dr. Bahariah Khalid tampil memohon maaf menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, semalam.
"Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Sebarkan positiviti,” katanya secara ringkas.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter @Fadzmin nekad memuat naik video daripada rakaman papan pemuka (dashcam) yang memaparkan situasi di mana keretanya hampir dilanggar selepas pemandu wanita itu membuat pusingan U secara melulu.
Wow dah la uturn macam tu..pukimak kan orang ?? pic.twitter.com/aqZ8cXLxQi
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Lebih mengeruhkan keadaan, wanita terbabit mengamuk lalu mengeluarkan kata-kata kesat. Dengan raut marah, dia turut mendoakan agar lelaki itu dijangkiti Covid-19.
Twitter: @Fadzmin
Topic Berkaitan
#Viral
#Lampu Isyarat
#Maki Hamun
#Pemandu Wanita
#Pemuda
#U-Turn
Must-Watch Video