,
Laman Utama

COF LOCKSTAR Cari Penyanyi Berkualiti, Tawar Hadiah Sehingga RM50,000!

Fiza Kamarudin
08/07/2021
14:15 MYT
Syarikat rakaman COF Music bakal memberi peluang kepada golongan remaja yang berbakat dalam bidang nyanyian untuk menyertai pertandingan realiti, COF LOCKSTAR.
Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR mahu memberi peluang kepada mereka yang benar-benar berbakat untuk dipertaruhkan dalam pasaran muzik semasa.
Malah, lebih menarik program itu membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 sehingga 30 tahun termasuk mereka yang sudah bergelar penyanyi.
“COF LOCKSTAR ini adalah platform untuk mencari bakat baharu dalam kalangan penyanyi secara solo, rapper atau berkumpulan sama ada duo atau grup.
“Artis sedia ada pun boleh masuk pertandingan ini tapi yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
“Program ini juga satu lagi inisiatif COF Music dengan mengadakan aktiviti sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Sekali gus menerusi program ini mereka boleh menjana pendapatan berdasarkan hadiah wang tunai disediakan bagi setiap pemenang.
“Dalam masa sama, pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dijanjikan kontrak menjadi artis syarikat rakaman COF Music,” katanya.
Hadiah pemenang tempat pertama bernilai RM50,000 yang mana merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.
Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.
COF LOCKSTAR turut menampilkan empat penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah dan Tomok. Sementara, Ajak selaku hos program.
Mengulas mengenai pemilihan empat juri itu, Aman ada alasan tersendiri kenapa memilih semua penyanyi lelaki.
“Bagi menghangatkan lagi program ini, kami memilih Ajak selaku hos dan empat penyanyi terkenal menjadi juri profesional.
“Lagi pula Hazama, Akim, Black dan Tomok pernah menjadi juri untuk program realiti. Kebetulan kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka ini sangat sesuai.
“Pada saya tidak ada istilah kenapa semua juri lelaki dan tak ada perempuan, yang penting mereka profesional. Mereka juga bepengalaman, semuanya pun hebat.
“Itu yang pada saya sesuatu yang menarik. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kalau nak tahu apa pilihan mereka kena tengok di saluran YouTube COF Music nanti,” katanya.
Penjurian bermula dengan mencari 10 video nyanyian terbaik sebelum bermulanya episod pertama yang bakal ditayangkan di saluran YouTube COF Music pada 7 Ogos depan.
Program ini bakal berlangsung selama empat episod di mana pada setiap episod bakal diadakan penyingkiran dan pemenang bakal diumumkan pada episod akhir.
Anda yang ingin menyertai pertandingan COF LOCKSTAR ini mudah sahaja, peserta perlu ke Instagram COF MUSIC, untuk maklumat selanjutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

gempak
05/08/2024
08:55 MYT
Bagai kembali ke terowong masa, gemaan sorakan peminat memenuhi dewan Mega Star Arena KL, Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga jam konsert ByAjai & Mega Friends berlangsung pada malam Sabtu.
Berita

MBPJ Anjur 37 Program Sempena Ulang Tahun Ke-18, Aisha Retno, Black, Santesh Antara Artis Yang Bakal Turun Padang!

gempak
26/06/2024
17:40 MYT
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status bandar raya.
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Jom Masak Nasi Ayam Ikut Resipi Ini! Ayam Tak Boleh Kelar, Sherry Alhadad Salahkan Pisau Pula

gempak
12/03/2024
06:55 MYT
Ini resipi untuk nasi ayam!