gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nabil Ahmad Bina Madrasah Hampir Cecah RM50,000 - “Saya Punyai Impian Kalau Boleh…”
HIBURAN
“Ini Bukan Amy & Dia Tak Akan Maki Orang” - Datuk Awie
HIBURAN
Tiket ‘Janji With Dayang’ Sold Out, Dayang Nurfaizah Tak Sangka Sambutan Luar Biasa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Cik Pia, MSH Empire Resources Tuntut Permohonan Maaf, Hantar LOD RM1 Juta Kepada Nilam Ortiz & Azlan Komeng!

Amri Hassan
Amri Hassan
15/07/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Cik Pia, MSH Empire Resources Tuntut Permohonan Maaf, Hantar LOD RM1 Juta Kepada Nilam Ortiz & Azlan Komeng!
Usahawan dan influencer terkenal, Cik Pia mewakili MSH Empire Resources harini ini menyatakan pihak syarikat telah mengambil langkah tegas dengan menghantar Surat Tuntutan (Letter of Demand, LoD) kepada pasangan selebriti Nur Nilam Ortiz dan Azlan Komeng, susulan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dan produk keluarannya dalam sidang media terbuka pada 5 Julai lalu.
Tindakan ini diambil selepas pasangan itu didakwa membuat kenyataan yang bukan sahaja mencemar nama baiknya, malah turut memberi kesan langsung terhadap jualan produk serta reputasi perniagaannya.
“Saya bukan nak balas secara emosional. Tapi syarikat telah difitnah secara terbuka, dituduh menjual produk berbahaya dan reputasi syarikat dan sebagai usahawan diganggu dengan niat yang jelas untuk menjatuhkannya,” katanya kepada Gempak.
Cik Pia ditemui pada sidang media khas bersama wakil firma guaman Adnan Sharida & Associates, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa.
Dalam surat tuntutan yang dihantar melalui pos, WhatsApp dan serahan tangan, MSH Empire Resources melalui peguamnya Datuk Adnan Seman @ Abdullah menuntut permohonan maaf terbuka serta ganti rugi berjumlah RM1 juta atas kerosakan reputasi dan kesan kewangan terhadap perniagaannya selewat-lewatnya Jumaat ini.
"Kami dah beri peluang sebulan. Tapi serangan mereka tetap berterusan, termasuk di media sosial dan sidang media baru-baru ini.
"Apabila kenyataan yang dibuat itu bersifat fitnah dan menjejaskan keyakinan pengguna, saya tiada pilihan lain selain bawa ke mahkamah," ujarnya.
Isu bermula selepas penjenamaan semula produk Minyak Herba Nilam HQ kepada Minyak Herba S-Herb, yang dahulunya dipasarkan bersama Nilam & Azlan melalui syarikat MSH Empire.
Namun setelah hubungan perniagaan berakhir pada Mac 2025, pasangan itu mula membuat pelbagai kenyataan termasuk mendakwa produk tersebut berbahaya dan mengelirukan pengguna.
“Mereka jual sekali dengan saya dulu. Bila dah keluar dan mahu lancarkan produk sendiri, mereka cuba burukkan produk lama seolah-olah tak selamat.
"Untuk rekod, kami pernah menjual lebih 700,000 botol minyak tanpa tanpa satu pun aduan kesihatan,” tegasnya.
Sementara itu, jelas Datuk Adnan, anak guamnya bukan sahaja berdepan kerugian daripada segi jualan harian tetapi juga kehilangan kepercayaan pengguna dan rakan niaga.
"Mereka bukan sekadar bersaing secara tidak sihat. Mereka buat perbandingan terbuka, menggambarkan sistem anak guam kami tak profesional, produk kononnya ‘bahaya’ dan buat live TikTok berulang kali menjatuhkan reputasi anak guam saya.
"Tentang dakwaan gambar dan video mereka digunakan oleh affiliate syarikat, kami tiada kuasa mengawal kandungan yang telah dimuatnaik di media sosial untuk mempromosikan produk minyak terbabit.
"Bagaimanapun, mereka berhak untuk membuka dan meneruskan syarikat baharu dengan apa saja produk yang ingin dikeluarkan
"Selain itu, kenyataan pihak terbabit yang mendakwa mengalami kerugian sehingga tujuh angka juga tidak jelas. Bagaimana mereka mengalami kerugian sedangkan semua kos pembuatan dan pengeluaran produk ditanggung oleh syarikat anak guam saya?
"Mereka hanya mendapat komisyen daripada hasil jualan (secara langsung di TikTok), dan itu asasnya. Tidak ada unsur penganiayaan," ujarnya.
Justeru, tegas Cik Pia tindakan syarikat untuk menghantar notis kepada pasangan tersebut sebagai satu bentuk teguran dan dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
"Saya dah berniaga dengan jujur. Tapi bila pihak sebelah terus membuat kenyataan terbuka yang menjatuhkan, saya kena berdiri mempertahankan hak dan maruah saya dan syarikat.
"Bukan untuk membalas dendam, tapi untuk beri pengajaran dan jadi sempadan kepada orang lain," tambahnya.
Terdahulu, Nur Nilam Ortiz mengumumkan penarikan diri sepenuhnya daripada kerjasama dengan syarikat lama yang terlibat dalam pengeluaran produk minyak herba kerana mendakwa produk tersebut mempunyai banyak masalah dan tidak mahu mengabaikan hati nuraninya.
Bersama suaminya, Azlan Komeng, mereka menegaskan tiada lagi kaitan dengan produk lama sama ada sebagai pengasas bersama atau duta dan kini beroperasi di bawah syarikat baharu, Nilam Empire.
Pasangan ini turut melantik firma guaman Tetuan Kyara & Co untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan niaga yang didakwa terus menggunakan nama 'Nilam HQ' tanpa kebenaran, selain menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengganggu ahli keluarga.
Topic Berkaitan
#saman
#Minyak
#Azlan Komeng
#Cik Pia
#Nur Nilam Ortiz
#LOD
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement