Gaya Hidup
"Cara Dia Masuk Court, So Elegant! So Pretty! Lemah Terus Lutut Itu Budak Penang" - Datuk Lee Chong Wei Kongsi Cinta Pandang Pertama
Tidak ramai yang dapat merasai cinta pandang pertama dan berakhir di pelaminan. Tetapi buat Datuk Lee Chong Wei, ianya seperti kisah yang menakjubkan.
Berkongsi cerita ketika dia baru berumur 15 tahun dan sudah mengetahui siapa yang ingin dikahwininya, menjadikannya satu memori yang indah.
"Suatu ketika dulu, ada seorang budak mentah, kurus kering, umur 15 tahun, naik bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk satu pertandingan badminton.
"Penuh semangat untuk membuktikan keupayaannya, mencuba nasib diri untuk berada dalam pasukan negara," tulis Datuk Lee Chong Wei di Instagram miliknya.
Tulis Chong Wei, ketika itu dia hanya layak untuk bertanding dalam kategori bergu campuran, dan bukannya kategori perseorangan yang disukainya. Tetapi dia tetap mahu melakukan yang terbaik.
"Memasuki dewan untuk memanas badan, dia benar-benar fokus. Tidak ada apa yang difikirkan kecuali menjadi juara.
"Dalam otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah mana lagi 'Ong', dan pesanan motivasi coach.
"Semua persediaan mental masuk longkang bila dia melihat seorang gadis berumur 14 tahun wakil selangor.Cara dia jalan masuk court, stretching, warm up. So elegant, so pretty!
"Lemah terus lutut itu budak Penang. Nak mintak nombor telefon tapi dia dijaga rapi oleh kakak dan ibu bapanya," tulis Lee Chong Wei mengingati kembali.
Tambahnya lagi, hanya satu cara untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut adalah dengan memenangi perlawanan.
Ketika pertandingan tersebut, setiap smash, drop, dive chop yang dilakukan, semuanya untuk menarik perhatian gadis itu, dan setiap kali mendapat mata, dia akan curi-curi pandang mengharapkan gadis itu turut memerhatikannya.
"Budak mentah itu adalah saya, dan bidadari di dalam gelanggang itu sudah tentulah isteri saya Wong Mew Choo.
Itulah ucapan hari lahir yang indah daripada Datuk Lee chong Wei buat isteri tersayang, sambil mengenang kembali detik pertama dia melihat isterinya itu di gelanggang badminton.
Datuk Lee Chong Wei berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo pada november 2012 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki.
Must-Watch Video