HIBURAN
Caprice, Ebit Lew Duduk Lepak Semeja, Netizen Terkejut - “Ni Throwback Kan?
Penyanyi rap, Caprice mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia berkunjung ke sebuah restoran di ibu kota.
Dalam rakaman pendek tersebut, Caprice menunjukkan suasana restoran tersebut.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah video tersebut memaparkan Caprice sedang berbual bersama pendakwah sensasi, Ebit Lew.
Momen luar biasa itu memaparkan Caprice dan Ebit duduk bersama bersebelahan sambil berbual.
“Best juga lepak @salomakualalumpur boleh terserempak dengan member-member lama,” tulis Caprice.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terkejut melihat dua sosok dikenali ramai itu duduk semeja selepas Caprice sering bersuara mengenai kes gangguan seksual Ebit.
“Cap ni memang gentle, siapa tak puas hati dengan dia, dia jumpa terus,” komen netizen.
“Ni throwback ek?,” komen netizen nakal.
“Kawan lama pun Allah sayang,” tulis netizen.
“Weh Cap ni memang unexpect eh perangai dia,” komen netizen terkejut.
“Suka cara Cap, memang gentle habis..bukan cakap kosong tapi nyata,” komen netizen lain.
“5 saat paling viral 2025,” komen netizen lagi.
Terdahulu, Caprice berkongsi berita kemenangan melawan injunksi interim yang dinyatakan sebagai 'dipasang' pendakwah, Ebit Lew.
Pada Oktober 2023, media melaporkan mengenai perintah injunksi interim yang diberikan kepada Ebit, sekali gus menghalang Caprice serta pempengaruh, The Mondy Tattoo daripada mengeluarkan kenyataan mencemarkan reputasi dan berbentuk ugutan terhadap pendakwah itu.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober lalu, terhadap Caprice atau Ariz Ramli serta pempengaruh media sosial terbabit atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda yang berasal dari Indonesia.
Must-Watch Video