,
Laman Utama

“Cantik Sangat, Nampak Sopan” - Hannah Yeoh Berhijab Santuni Penduduk Dalam Masjid Terima Pujian Netizen

Azwa Rahman
30/11/2021
04:20 MYT
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mencuri tumpuan wargamaya apabila hadir ke Hari Terbuka bersama penduduk di Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Bandar Manjalara.
Menerusi laman sosial Twitter, Hannah yang tampil berbaju kurung dan berhijab berkongsi momen sewaktu menyantuni seorang penduduk di dalam masjid untuk tatapan umum.
Malah, penampilannya yang berhijab itu membuatkan ada yang tidak mengenalinya.
“Menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara #Segambut. Gembira melihat penduduk pelbagai kaum melawat masjid hari ini. Video - uncle ini tak cam saya kerana saya berselendang,” tulis Hannah di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi 17 saat itu, seorang warga emas berbangsa Cina memetik nama Hannah namun tidak perasan dia sebenarnya sedang bercakap dengan tuan empunya badan.
Warga emas tersebut turut mengambil peluang bergambar dengan Hannah selepas dia menyatakan Hannah kelihatan seperti seorang wanita Melayu.
Sementara itu di ruangan komen, cara Hannah meraikan kepelbagaian agama dan beramah mesra dengan penduduk mendapat pujian wargamaya.
“Saya suka inisiatif komite masjid ini. Waktu Ramadan pun, mereka anjurkan bazar Ramadan di kawasan mereka. Orang bukan beragama Islam boleh datang dan membeli makanan di sana. Ini menunjukkan bila pintu sentiasa terbuka, ia dapat membantu mengubah stigma sesama masyarakat,” komen seorang wargamaya.
“Salah satu cara saling santun menyantuni rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Macam orang-orang tua di kampung. Let's bring the vibes,” kata seorang wargamaya.
You look beautiful YB. I’m speechless when you wearing hijab. Really look like a Malay girl,” tulis seorang wargamaya.
“Terima kasih YB. Kita saling memahami dan menghormati budaya dan amalan agama sesama kita. Melayu ni ada sopan dan santunnya, budi dan bahasanya, sama macam dikalangan tionghua dan lain-lain,” luah seorang wargamaya.
“Saya suka semangat ni. Datanglah ziarah masjid kami. Hanya perlu pakai pakaian yang sesuai,” ujar seorang wargamaya.
“Cantik sangat. Nampak simple, sopan dan natural je,” puji seorang wargamaya.
Thank you YB for promoting unity. We love politician like you,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan dan 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Sukma Platform Terbaik Lahirkan Atlet Elit Ke Olimpik, Hannah Yeoh: “Mungkin Ada Yang Akan Ke Brisbane 2032”

gempak
18/08/2024
03:55 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan Sukan Malaysia (Sukma) merupakan platform penting untuk menyediakan atlet elit negara beraksi di Sukan Olimpik.
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Sukan

Pangsapuri Mewah Bernilai RM1 Juta Menanti Pemenang Emas Olimpik

gempak
17/07/2024
01:45 MYT
Pangsapuri servis mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam menanti atlet negara pertama memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
goldmovie

#Gold: “Sangat Menyentuh Hati” - Hannah Yeoh Sebak Tonton Gold, Sifatkan Filem Lokal Yang Wajib Ditonton Tahun Ini!

gempak
10/07/2024
15:55 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan rasa tersentuh selepas menonton Gold, filem terbaharu terbitan Astro Shaw.
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Unitar