,
Laman Utama

Bukan Pindah Perancis, Nourul Depp Bakal Mulakan Kehidupan Baharu Di Bali Indonesia

Amri Hassan
16/06/2021
04:20 MYT
Penyanyi Nourul Depp akhirnya mendedahkan dia bakal berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai depan.
Kata Nourul, penghijrahan yang pada mulanya dirancang awal tahun itu terpaksa ditunda disebabkan pandemik COVID-19.
"Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak di mana kami berhasrat untuk memasukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran.
"Selain itu memang impian suami untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap dua tahun di sana," katanya ketika diwawancara dalam rancangan Punchline DAC baru-baru ini.
Pendedahan Nourul itu sekali gus melenyapkan spekulasi yang mendakwa dirinya bakal berhijrah ke negara asal suaminya, Eric Depp, di Perancis.
Walaupun berhijrah, Nourul menegaskan dia tidak akan meninggalkan kerjaya seninya di Malaysia dan akan kerap berulang-alik bagi memenuhi undangan.
"Saya tetap akan balik ke Kuala Lumpur kerana bisnes ada sini. Malah kalau undangan persembahan pun, saya akan berulang-alik. Bukan jauh pun.
"Insya-Allah di mana pun saya berada, saya masih dan tetap orang yang sama. Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya dan keluarga.
"Sedih juga bila ada yang beremosi hantar mesej bila mendapat tahu saya nak berhijrah. Jangan bimbang, tiada apa pun yang berubah... Peminat dan pengikut di media sosial saya tetap di hati. Ada umur panjang, kita tetap berjumpa," katanya.
Nourul sebelum ini mengakui bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain mengikut perancangan yang sudah difikirkan sejak 14 tahun lalu.
BACA: "Sudah Terfikir Sejak 14 Tahun Lalu" - Nourul Depp Nekad Pindah Negara, Merajukkah?
Bagaimanapun, pelantun lagu Kerana Terluka itu enggan memberitahu lokasi sebenar penghijrahannya bersama keluarga.
Minggu lalu pula Nourul mengemaskini akaun Instagramnya dengan menjual beberapa barangan terpakai kepada peminat selain sedang mengemas perkakasan rumah untuk dibawa ke tempat baharu.
Nourul dan Eric telah berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.