gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Sejujurnya Sebagai Anak, Saya…” - Zaki Yamani Maafkan Farid Kamil Atas Kesilapan Petik Nama Datuk Jamal Abdillah
HIBURAN
“Dari Awal Sampai Akhir Penonton Drama Seribu Tahun Boleh Lihat Perjuangan Doktor Zahar” - Nazrief Nazri
HIBURAN
Tayang Gambar Mandi Sungai Tak Berbaju, IG Nicholas Saputra Dihujani Komen Peminat - "Keindahan Alam Ni"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Netanyahu Dakwa Berjaya Bunuh Pemimpin Hamas, Mohammad Sinwar

gempak
Gempak
22/05/2025
04:20 MYT
Sponsor Banner
Netanyahu Dakwa Berjaya Bunuh Pemimpin Hamas, Mohammad Sinwar
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa pihak tenteranya mungkin telah membunuh pemimpin kanan Hamas, Mohammad Sinwar, yang juga adik kepada Yahya Sinwar, dalam satu siri serangan udara besar-besaran di Gaza baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar pada malam Rabu, Netanyahu menyatakan operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza akan diteruskan sehingga semua matlamat utama tercapai.
“Kami berjaya menghapuskan pemimpin utama mereka seperti Mohammed Deif, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar dan kemungkinan termasuk Mohammad Sinwar,” katanya dalam sidang media khas berkenaan.
Israel dipercayai menyasarkan Mohammad Sinwar dalam satu serangan ke atas Hospital Eropah di Khan Younis minggu lalu, yang mengorbankan 28 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 50 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Sekiranya kematian Sinwar disahkan, ia akan menjadi satu lagi tamparan besar terhadap kepimpinan tertinggi Hamas, walaupun kumpulan itu masih kekal berkuasa di Gaza.
Mohammad merupakan adik kepada Yahya Sinwar, bekas ketua Hamas di Gaza yang turut terbunuh dalam serangan Israel pada Oktober tahun lalu.
CNN melaporkan pihaknya telah menghubungi Hamas untuk mendapatkan maklum balas, namun belum menerima sebarang kenyataan rasmi setakat ini.
Dalam sidang akhbar sama, Netanyahu turut menegaskan bahawa Israel hanya akan mempertimbangkan gencatan senjata sementara sekiranya ia melibatkan pembebasan tebusan.
Namun katanya, peperangan hanya akan berakhir sekiranya beberapa syarat dipenuhi, termasuk pelucutan senjata Hamas, penggulingan rejim kumpulan itu dan pelaksanaan pelan pemindahan penduduk Gaza secara sukarela yang dicadangkan Amerika Syarikat.
“Sesiapa yang mendesak kami menghentikan perang sebelum mencapai matlamat ini sebenarnya mahukan Hamas terus berkuasa,” ujar beliau.
Mengulas ketegangan serantau, Netanyahu turut menyatakan terdapat penyelarasan penuh dengan Amerika Syarikat berkaitan ancaman daripada Iran.
Beliau menegaskan bahawa sebarang perjanjian nuklear baharu dengan Teheran mestilah menghalang Iran daripada mendapatkan senjata nuklear dan menghentikan aktiviti pengayaan uranium.
“Negara Israel berhak mempertahankan diri daripada rejim yang mengancam untuk memusnahkannya,” kata beliau.
CNN sebelum ini melaporkan bahawa perisikan Amerika Syarikat mengesan Israel sedang membuat persiapan ke arah kemungkinan melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bunuh
#Israel
#Gaza
#Netanyahu
Must-Watch Video