HIBURAN
“Dari Awal Sampai Akhir Penonton Drama Seribu Tahun Boleh Lihat Perjuangan Doktor Zahar” - Nazrief Nazri
Pelakon, Nazrief Nazri menegaskan watak Doktor Zahar yang dilakonkannya dalam drama Seribu Tahun bukan bertujuan untuk mempromosilan hubungan sejenis.
Berjuang lawan nafsu
Kata Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, karakter itu diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada khalayak bahawa golongan seperti itu juga berjuang melawan nafsu untuk berubah.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Bitter’ Nazrief Nazri Selalu Puji Isteri Cantik Di Media Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Suka Hati Aku La Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Bebas Dari Ba** & Serangga Perosak” - Ulang Tahun Isteri, Nazrief Nazri Doa Tiada Penyondol Kacau Rumah Tangga
“Saya nak tekankan Doktor Zahar bukan nak promosi gaya hidup homoseksual tapi mahu menunjukkan kepada masyarakat mereka juga bergelut.
“Dari awal sampai akhir penonton drama ini boleh lihat perjuangan Zahar, dia bukan seronok jadi begitu.
“Minggu akhir ini penonton akan tengok setiap hari dia berdoa untuk berubah sebab selepas 13 tahun kahwin pun dia tak mampu menyantuni isteri dia sebagaimana seorang suami.
“Sebab itu adegan dia nampak Fakhrul ada tiga anak, dia cemburu dan mahukan perkara itu juga. Sebab itu dia tulis surat kepada Tuhan, babak itu sangat sedih,” katanya kepada Gempak.
Tak mudah hakimi
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini turut berharap agar masyarakat tidak mudah menghakimi golongan tersebut sebaliknya bersama-sama menarik mereka ke jalan agama.
“Golongan ini berjuang, jadi kitalah yang kena bawa mereka dekatkan diri kepada Tuhan. Nafsu songsang adalah ujian dan kita sebagai manusia jangan terlalu mudah menghakimi.
“Ada juga saya terima mesej di Instagram daripada individu tidak dikenali mengucapkan terima kasih kerana drama ini seolah menceritakan perjuangan dilaluinya,” tambahnya.
Sedikit janggal
Sepanjang menjayakan watak Zahar, Nazrief mengakui adakalanya dia berasa sedikit janggal melakonkan babak mesra bersama rakan gandingannya iaitu Zarif Ghazi namun semuanya dilunaskan secara profesional.
“Dalam skrip Seribu Tahun bukan ada adegan melampaui batas seladae kopek udang dan cubut pipi.
“Cuma ada satu adegan konon mahu bercium itu ada rasa tak selesa tapi saya profesional mahu semua kerja selesai.
“Tiada juga lelaki yang ganggu kerana saya ada sejarah pernah tularkan dan maki sesiapa hantar mesej tidak senonoh. Kedua orang tahu saya ada isteri,” ceritanya.
Minggu terakhir Drama Seribu Tahun bersiaran pada Rabu dan Khamis, 9 malam di Astro Ria.
Must-Watch Video