,
Berita

“Bukan Nak Tayang Ada Punggung Besar Sebab…”- Edit Gambar Sampai Bengkok Dinding, Ini Penjelasan Masya Masyitah

Syafiqah Jalal
15/10/2019
10:25 MYT
Penyanyi Masya Masyitah tampil memberikan penjelasan selepas ditertawakan peminat dan warganet gara-gara menyunting foto peribadinya untuk dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Masya akui terkejut apabila fotonya yang mengenakan sepersalinan blaus dan seluar putih itu menjadi tular secara tiba-tiba.
“Hai semua.. Okay semalam tetiba ada orang viralkan gambar yang agak lama dah Masya post dan masa tu tak ada sorang pon comment pasal edit pungkoq (punggung) ka apa semua ni..
“Bila semalam tiba-tiba viral.. Masya pon terkejut.. Then Masya tengok balik.. Haah la.. Memang edit,”tulisnya.
Masya tampil memberi respon mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
BACA: "Edit Gambar Sampai Bengkok Dinding" - Masya Masyitah Ditertawakan Netizen!
Menurut Masya, dia akui menyunting foto tersebut namun bukan berniat untuk menonjolkan punggungnya supaya kelihatan lebih besar, sebaliknya suntingan itu untuk mengemaskan lagi bajunya yang berkedut.
“Okay.. Masya mengaku memang masya edit... Tapi bukan untuk nak tayang I ada pungkoq besaq (punggung besar) ka apa sebab masya jenis tak suka pungkoq besaq...
“Tengok gambar first ni.. Ini yang original.. Why Masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit-bukit tu.. Tak tau pasaipa.. Mungkin Masya tak betulkan seluar sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak-ketak kat situ sikit..
“Jadi saya mengakulah salah saya sebab saya edit.. Tapi saya edit bukan sebab nak besaqkan pungkoq or bagi nampak lebih sexy.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali,”jelasnya.
Menerusi entri tersebut, Masya turut memuat naik foto asal sebelum ia disunting bagi menunjukkan perbezaan yang dijelaskannya.
Masya dalam masa yang sama menyebut nama akaun orang yang menjadi punca fotonya tular serta menjadi bahan jenaka.
“And.. @yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang... Tak sangkalah awak ni memang stalk habis-habis pasal saya.. Minat bebenor ek? Hahaha.. @yuraarose kalau tak puas hati DM...
“Yang memaki saya macam-macam tu.. Maki je la.. Kalau itu yg buat korang happy I okay.. Itu saja penerangan saya pada hari ni. Terima kasih,” tambahnya.
Masya, 19, merupakan juara Ceria Popstar 2014 dan popular dengan lagu Halimunan.

Hai semua.. Okay semalam tetiba ada org menviralkan gambar yg agak lama dah masya post.. Dan masa tu takdak sorang pon comment pasai edit pungkoq ka apa semua ni.. Bila semalam tiba2 viral.. Masya pon terkejut.. Then masya tgk balik.. Haah la.. Mmg edit.. Okay.. Masya mengaku memang masya edit...tapi bukan untuk nak tayang i ada pungkoq besaq ka apa sebab masya jenis tak suka pungkoq besaq... Tgk gambaq first ni.. Ini yg original.. Why masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian Paha tu jadi bukit2 tu.. Tak tau pasaipa.. Mungkin masya tak betulkan seluaq sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak2 kat situ sikit.. Jadi saya mengaku lah salah saya sebab saya edit.. Tapi saya edit bukan sebab nak besaqkan pungkoq or bagi nampak lebih sexy.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali... And.. @yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang...tak sangka lah awak ni mmg stalk habis2 pasal saya.. Minat bebenor ek? Hahaha.. @yuraarose kalau tak puas hati lai dm.. Yang memaki saya macam2 tu.. Maki je la.. Kalau itu yg buat korang happy I okay.. ? Itu saja penerangan saya pada harini.. Macehhh #sayapunyagambaqawakygpanas #attentionseeker #silalahkecam #welcometomyig #hatersmakemefamous

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

gempak
11/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Unitar