HIBURAN
Rumah Brad Pitt Dipecah Masuk, Pencuri Larikan Barang
Kediaman aktor Brad Pitt menjadi sasaran pencuri apabila dipecah masuk pada Rabu sekitar pukul 10.30 malam waktu tempatan.
Dilaporkan seramai tiga pencuri berjaya memasuki kediaman Pitt dan mengeledah kediamannya. Pitt tidak ada di rumah sewaktu kejadian berlaku.
Mereka kemudian didapati membawa lari barangan di dalam rumah, namun pihak berkuasa tempatan belum dapat mengenal pasti barang yang hilang, lapor BBC.

Meski pihak polis tidak dapat mengesahkan kediaman yang dipecah masuk di Los Angeles itu miliki Pitt, namun alamat yang tertera merupakan rumah yang dibeli mantan suami Angelina Jolie itu pada tahun 2023.
Pitt diketahui sedang dalam rangka promosi filem terkininya, F1. Minggu lalu beliau berada di London untuk menghadiri tayangan perdana filem tersebut bersama rakan artis lain termasuk Tom Cruise dan pelumba legenda, Lewis Hamilton.
Media tempatan pula melaporkan kejadian curi ini berlaku dengan siri rompakan rumah selebriti termasuk Nicole Kidman dan Keith Urban.
Must-Watch Video